Chapter 20

1K 75 6
                                    

Jimin sedang bersendirian dalam biliknya. Tidak banyak kerja hari ini. Semuanya sudah dia selesaikan. Dia membuka telefon bimbitnya. Dia membuka galeri. Dia menatap gambar Redna yg dicurinya. Dia tersenyum melihat senyuman manis Redna.

"Did I really fall in love with her? Aku rasa bahagia sangat bila aku dengan dia. Cara aku kacau dia, cara dia melawan balik. Rasa yg tak pernah aku rasa dengan orang lain. Inikah rasanya jatuh cinta? Patutkah aku bagitahu dia? Tapi dia cintakan aku juga ke? Atau dia masih anggap aku bestfriend seperti apa yg kami janji dulu? Aku sorang je ke yg dah jatuh cinta?" Jimin juga bermonolog sendirian. Saling mencintai tetapi tidak mengetahui.

Dia mengerling jam dinding. Lambat lagi baru dia akan pulang. Dia memikirkan apa yg hendak dibeli untuk makan malam nanti.

"Apa yg dia suka makan eh? Hmm hari tu masa makan dekat kedai Thai, boleh tahan berselera dia makan. Aku beli dekat situ okay? Hmm okay kot. Beli je lah." Monolog Jimin sendirian. Dia berancang untuk membeli makanan Thai untuk makan malam mereka nanti.

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Redna yg ketika itu sedang minum air di dapur. Dia segera berlari ke arah pintu. Dengan segera dia membuka pintu.

Jimin sudah pulang. Dia tersenyum melihat Jimin pulang. Dia segera mendekati Jimin dan mengambil beg bimbit yg dibawa Jimin. Dia tahu Jimin penat.

Jimin: Well, thank you...

Redna: Most welcome...

Jimin menghempaskan badannya ke atas sofa. Berada di atas jalan raya hampir sejam benar-benar meletihkannya. Traffic jam seperti biasa.

Redna mengambil tempat berhadapan dengan Jimin. Dia memandang suaminya itu. Keletihan. Dia juga ada memandang sekeliling. Tiada pula makanan yg dibawa pulang oleh Jimin. Lupakah suaminya itu tentang makan malam mereka?

Redna: Awak~~~

Jimin: Yes?

Redna: Mana makanannya? Awak kata tak payah masak.

Jimin: Oh, memang aku nak beli tapi masalahnya jalan jam sangat. Jadi aku balik rumah terus tak singgah kedai.

Redna: Oh ala macam tu ke...Lepas tu kita nak makan apa?

Jimin: Macam ni. Kau pergi siap-siap mandi apa semua. Kita keluar makan kat kedai. Okay?

Redna: Ouh, okay je awak. Ha, ni satu lagi, baju awak semua yg ada dalam almari tu saya dah iron.

Jimin: Wow. Semua? Rajin...

Redna: Well, you know me... Sajalah malas nak tunjuk kepakaran dan kerajinan tu.

Jimin: Cehceh... Apa-apa pun thanks lah ya, sebab rajin iron kan baju aku tuh. Nak harap aku memang tak lah...

Redna: Haha... Tugas saya sebagai isteri kan? Kenalah kemaskan pakaian awak.

Jimin: Dah dah pergi siap.

Redna: Okay...

Redna mengatur langkah ke biliknya. Dia mandi dan bersiap-siap. Jimin juga naik ke atas. Dia masuk ke dalam biliknya. Selesai mandi dia buka almarinya. Dia tersenyum melihat semua pakaiannya kini kemas.

"Rajin betul dia ni. Untung aku dapat isteri macam dia." Ujar Jimin sambil membelek-belek bajunya. Dia memilih baju yg diingini dan bersiap.

Selepas selesai bersiap, kedua-dua mereka keluar makan. Jimin membawa Redna makan di sebuah restoran Thai. Seperti yg dia fikirkan sejak di pejabat lagi. Memang niatnya hendak makan makanan Thai hari ini.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now