Chapter 10

1K 76 4
                                    

Redna membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya yg kabur perlahan-lahan jelas. Dia mengalihkan pandangan pada jam digital yg terletak di kabinet kecil di sebelah katilnya.

Redna: Ahhh~~~ Sudah pukul 5 petang.

Dia segera bangun dari katilnya dan bergegas ke bilik air. Selesai mandi dia mula mengemaskan pakaiannya. Dia mengemas biliknya.

Dia mengeluh lega. Semuanya kelihatan bersih dan selesa sekarang. Dia tersenyum. Setelah selesai, dia keluar daripada biliknya.

Dia memandang ke arah pintu bilik Jimin. Tertutup rapat. Tidur lagikah? Barangkali ya.

Redna mengatur langkah menuruni anak tangga. Dia mencari-cari kelibat Jimin. Tiada juga.

Tiba-tiba matanya tertancap pada sehelai kertas di atas meja makan. Dia mengambil kertas tersebut dan membaca isi kandungannya.

'Aku keluar kejap tau. Jadi makanlah apa yg kau nak. Kalau nak duit tu ada aku letak. Aku mungkin lambat'

Redna mengukirkan senyuman tatkala membaca nota tersebut. Dia meletakkan kembali kertas tersebut. Dia memandang sekeliling.

Sakit kepalanya melihat persekitarannya itu. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

Redna: Dia ni nampak ja macam pembersih tapi... Ayayaya...

Redna segera mengatur langkahnya menuju ke arah stor. Dia mencari-cari barang untuk mengemas. Selesai mencari apa yg dia mahukan, dia memulakan kerja- kerja mengemasnya.

Redna: Fuh... Boleh tahan level pengotor dia ni. Penat aku... Haish...

Redna terbaring penat di sofa. Sejam berlalu dan akhirnya dia selesai mengemas. Dia berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Tiba-tiba perut Redna berkeroncong. Dia tergelak sendirian. Perutnya sudah meminta isi.

Redna: Hm.. Laparnya perutku...

Redna bangun dari sofa dan menuju ke arah dapur. Dia membuka peti sejuk. Ingin melihat sama ada, ada sesuatu yg boleh dimakan. Dia tersenyum tawar sambil membelek kotak-kotak makanan yg dijumpainya.

Redna: Kotak milo pun dah kosong? Yogurt separuh? Biskut dalam peti ais? Kedasyhatan apakah yg suami aku buat ni? 

Semuanya hanya sisa sahaja. Dia menggelengkan kepalanya. Redna mengutip semua sisa-sisa makanan di dalam peti ais itu kemudian dia buang ke dalam tong sampah. 

Dia kemudiannya naik ke atas bilik dan membersihkan diri. Selesai bersiap, dia menggapai kunci rumah dan duit yg Jimin berikan di atas meja tadi.

Dia menahan teksi dan menuju ke pasar raya. Jam menunjukkan sudah pukul 7. Dia mengeluh. Tidak apakah dia keluar pada waktu sebegini?

Sampai di pasar raya, dia mula mencari barang yg dimahukan. Troli yang  penuh dengan barang-barang yg dipilihnya ditolak perlahan.

"Hai awak.. Boleh saya teman?  Cantiknya awak ni. Apa kata awak lepak rumah saya lepas ni" 

 Suatu suara mula menyapanya. Dia menggenggam penumbuk. Lelaki gatal mana pula yg cuba mengganggunya ini.

Dia memusingkan badan dan hampir sahaja penumbuknya itu melayang di muka lelaki itu. Ayunannya terhenti. Dia menjeling tajam. 

Jimin: Eh eh jangan pukul aku! Ganas betul kau ni!

Redna: Ish! Ingat lelaki gatal mana tadi. Minta kena kan awak ni?

Jimin: Alolo... Ganasnya bini aku sorang ni...

Redna menghiraukan Jimin. Dia terus membelek kotak biskut itu. Jimin pula hanya memandang ke arah troli yg penuh dengan barang. Dia kemudian memandang ke arah Redna yg sibuk membelek kotak biskut itu.

Jimin: Banyak shopping sayang? 

Redna: Banyakla sayang oiiii.... Kat rumah mana ada apa sayang.... Semua dah expired sayangku. Kebulur I kat rumah. 

Jimin: Waaa seronoknya dia panggil kita sayang.... Panggil la lagi....

Redna: Eee. Mengada.

Jimin: Hihi. Ni dah habis? Kalau dah jom, bayar.

Redna: Okay, dah. Jom...

Redna ingin menolak troli itu tapi Jimin segera menghalang. Redna memandang ke arah Jimin dengan pandangan pelik.

Jimin: Dah tak payah. Biar aku yang tolak... Kau duduk sana pegang aku ja.

Redna: Eeee... Tak mahu ah. Tolak jela ish nak suruh orang pegang dia pula. 

Jimin: Alaaaa.... Merajuk la macam ni! 

Redna: Dah cepatla jalan! 

Jimin dan Redna menuju ke arah kaunter untuk membuat bayaran. Semuanya dijelaskan oleh Jimin. Redna hanya memerhati sahaja.

Selesai membeli belah, Jimin dan Redna keluar dari pasar raya itu. Jimin memandang Redna yg reaksi mukanya masam mencuka.

Jimin: Kenapa cemberut je muka kau? 

Redna: Lapar hm..

Jimin: Lah. Aku ingat kenapa tadi. Okay then jomlah makan. 

Mereka berdua menuju ke sebuah restoran Thai. Selesai memesan makanan, mereka berdua mula berbual.

Redna: So.... Macam mana awak jumpa saya kat situ?

Jimin: Oh... Macam mana aku jumpa kau?

Flashback:

Jimin sedang berjalan seorang diri di pusat membeli belah itu. Bosan. Kawan-kawannya semua sudah pulang ke rumah.

Dia masuk ke dalam pasar raya. Saja cuci mata dan lihat jika ada barang keperluan hendak dibeli. 

Sedang dia sibuk melihat barang-barang, matanya tertancap pada seorang perempuan yg susuk tubuhnya seakan mirip dengan orang yg dikenalinya. Dia mengekori perempuan itu. Dia menunggu sahaja sehingga perempuan itu memusingkan badannya.

Sebaik sahaja perempuan itu pusing untuk mengambil barangnya yg jatuh dia tersenyum. Rupanya itu Redna. Dia mula mendekati Redna yg sedang sibuk melihat label pada kotak makanan itu.

Jimin: Hai awak.. Boleh saya teman awak? Cantiklah awak ni.... Apa kata awak lepak rumah saya lepas ni.

End Flashback:

Redna: Ooh macamtu rupanya. Lain kali buatlah lagi, manala tau next time dapat merasa tumbukan saya kan? 

Jimin: Ish yelah, saya dah insaf sekarang huaaaa. Tak buat dah!

"Comel" desis Redna dalam hati. Sepanjang makan dia hanya memandang Jimin. Dia suka melihat Jimin makan. 

Selesai makan, mereka berdua hanya pusing-pusing di sekitar pusat membeli belah itu. Tiada apa-apa yg menarik. Jimin kemudiannya meminta diri hendak ke tandas.

Redna dibiarkan menunggu. Dia menuju ke tempat duduk yg disediakan. Dia menunggu Jimin disitu.

10minit.......

15minit......

30minit......

45minit......

Redna hilang sabar. Apa yg Jimin buat di dalam tandas itu begitu lama? Dia mula mengatur langkah ke arah tandas.

Belum sempat dia sampai di tandas, langkahnya terhenti. Dia lihat Jimin sedang berbual dengan perempuan lain. Di sebuah kedai.

Nafas Redna naik turun menahan marah. Dia berlalu dari situ. Dia mengambil semua barang-barang tadi dan menuju pulang ke rumah.

Geram, marah, sedih semua bercampur aduk. Memandangkan sudah pukul 9 jadi susah untuk dapat teksi. Redna nekad pulang jalan kaki. Tiada maknanya jika dia hendak menelefon Jimin.

BERSAMBUNG

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now