Chapter 32

712 50 1
                                    


Beberapa  minggu sudah berlalu. Mereka juga sudah pulang ke rumah dan menjalankan rutin harian mereka. Hubungan mereka bertambah baik hari demi hari. Permasalahan yang lepas dilupakan.

Jimin: Hari ini balik lambat ke?

Redna: Eh mana ada... Pukul 1:30 macam tu dah balik...

Jimin: Aku hantar kau pergi sekolah hari ni.. Balik pun aku ambil..

Redna: Eh eh mimpi apa nak hantar nak ambil ni?

Jimin: Alaaa.. Tanggungjawab sebagai suami kan...

Redna: Fuh, kemaen sekarang nak jadi suami mithali gitu...

Jimin: Eh eh biasa ah.. I memang suami mithali pun...

Redna: Eeee perasannya...

Jimin: Hahaha... Ok eh?

Redna: Yela....

Jimin: Hahaha okaylah... Jom nanti lambat pula....

Redna: Jap jap beg kat atas...

Jimin: Aku tunggu dalam kereta...

selepas memastikan pintu rumah sudah berkunci, Redna segera masuk ke dalam kereta Jimin. Sebaik sahaja Redna selesai memakai tali pinggang keledar, Jimin segera memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah. 

Kereta Jimin memasuki perkarangan sekolah Redna. Pada awalnya Redna hanya meminta dia menghantar di luar sahaja tetapi Jimin bertegas ingin hantarnya sehingga ke dalam. 

Redna: Bye! 1:30 tau! Jangan lambat!

Jimin: Eleh, pukul 1 aku dah ada kat sini HAHAHAHA

Redna: Eleh.. Ye lah tu...

Jimin: Dah  dah... Nanti lambat masuk kelas... Bye!

Redna: Bye!!!

Jimin: Bye!

Jimin memerhati sahaja Redna yang turun dari kereta. Selagi dia tidak melihat Redna masuk ke dalam perkarangan sekolah, dia tidak akan berganjak. Redna yg sudah turun dari kereta tiba-tiba berhenti. Dia masuk semula ke dalam kereta.

CCUP!

Satu ciuman singgah di pipi kiri Jimin. Terkejut dia dengan tindakan Redna sebentar tadi. Redna mengukirkan senyuman kepadanya. 

Selepas memastikan Redna sudah masuk ke dalam perkarangan sekolah, Jimin mula memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah.

Oleh kerana waktu masih awal, jalan raya tidak terlalu sesak. Sepanjang perjalanan, Jimin tersenyum sendirian. Pipinya masih lagi terasa bahang. 

Sebaik sahaja loceng berbunyi, Redna segera berjalan memasuki kelasnya. Sempat lagi dia pergi ke kafeteria untuk membeli air. Sedang dia berjalan, langkahnya terhenti dek kerana seseorang. 

Redna sudah mempamerkan muka menyampah tatkala melihat orang yg menghalangnya itu. Siapa lagi kalau bukan cikgu gatal itu, En. Lee.

En.Lee: Siapa hantar awak tadi?

Redna: Ada kena mengena dengan Encik Lee ke?

En.Lee: Saya berhak tahu awak datang dengan siapa!

Redna: You're not even my class teacher.. Rasanya sekolah ni dah tetapkan hal yg berlaku luar sekolah bukan urusan guru. So, Encik Lee rasanya tak perlu busybody dengan life saya.

En.Lee: Kim Redna! 

Pergelangan tangan Redna dipegangnya kuat. Redna merentap rentap tangannya yang dipegang Encik Lee.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now