Chapter 47

287 35 2
                                    

Redna mengatur langkah keluar daripada rumah. Dia tidak mampu untuk terus berada di situ tatkala ini. Makin lama makin sakit hatinya. Keretanya dipandu keluar dari perkarangan rumah.

Sejujurnya dia tidak tahu hendak ke mana. Rumah ibu bapanya? Sudah pastinya dia hanya akan diperlekehkan dan dipertawakan sahaja. Dia buntu. Dia cuba mengawal emosinya supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Akhirnya, kereta yang dipandunya berhenti di sebuah perkarangan bukit. Dia menarik 'hand-break' dan menghembus nafas panjang. Kejadian sebentar tadi berlegar di fikirannya dan tidak sampai seminit air matanya mula mengalir.

Redna: Kenapa aku? Kenapa kau tipu aku Jimin? Kenapa kau bagi aku harapan? Why you made me fall in love with you? Why?

Seraya itu air mata tidak henti-henti mengalir membasahi pipinya. Dia terasa seperti mayat hidup. Tiada roh hanya jasad tatkala ini. Nafasnya naik turun menahan sakit yang teramat di dalam.

Telefon bimbitnya berdering. Dia segera menggapai telefon bimbitnya untuk melihat gerangan yang mengirim pesanan dan berharap bahawa itu ialah Jimin. Tapi ia hanyalah pesanan dari ommanya.

"Redna, rasanya kamu dah boleh pulang ke rumah kita? Omma rasa lebih baik macam tu sementara urusan penceraian kamu selesai. But, it's just a suggestion. It's okay kalau kamu tak mahu. We love you, Redna."

Melihatkan kiriman itu membuatkan Redna lebih rasa untuk menangis. Penceraian. Jadi ini benar-benar sedang berlaku? Redna tiba-tiba sahaja ketawa namun seketika kemudian dia kembali menangis.

Setelah puas menangis, Redna memulakan perjalanan pulang ke rumah. Dia cuba untuk mengumpulkan kudrat untuk masuk ke dalam rumah. Jimin sepertinya tiada di rumah memandangkan keretanya tiada di hadapan.

Redna mengatur langkah ke arah bilik mereka. Kosong. Sama sahaja seperti hatinya. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Niat di hati ingin melelapkan mata namun tak mampu kerana baginya dia masih tidak berpuas hati dengan penjelasan Jimin. Dia percaya Jimin tidak maksudkan semua itu.

" Jimin, can you come home? Maybe, we can still discuss about it? I know you just lie to me, right? Please make the right decision."

Sebuah kiriman mesej dikirim kepada Jimin. Dia menghembus nafas panjang berharap Jimin akan membalas kirimannya itu. Atau sekadar baca sahaja sudah mencukupi.

Redna menunggu Jimin untuk pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Masih lagi tidak kedengaran enjin kereta yang memasuki perkarangan rumah mereka. Redna menghembus nafas panjang.

Dia kemudian beralih ke ruang tamu. Dia menunggu lagi. Jam menunjukkan 3 pagi. Jimin masih lagi belum pulang. Redna mula mundar-mandir di ruang tamu itu. Dia terus menunggu dan menunggu sehingga dia terlelap.

Bunyi pintu yang dikuak mengejutkan Redna dari tidurnya yang tidak seberapa lena itu. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Jimin sudah pulang akhirnya. Jimin terus melangkah untuk menaiki tangga langsung tidak mengendahkannya yang setia menunggu di sofa.

Redna: Jimin, tunggu!

Jimin: Apa lagi? I'm tired, I want to sleep.

Redna: Didn't you read my messages? Let's have a talk again, please.

Jimin: For what?

Redna: Maybe... Maybe you weren't thinking straight when you made the decision? Please let's talk and maybe change the decision.

Jimin: Redna! Stop all this! I'm so tired and I don't wanna keep talking about this shitty stuff!

Redna: What's wrong with you? You tak pernah macam ni.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now