Chapter 33

703 66 3
                                    

Sudah masuk tujuh kali Jimin mengerling jam tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 1:50 petang tetapi bayang Redna masih lagi belum kelihatan. Tidak tenang dia menunggu di bawah. Dia segera mengatur langkah ke arah pondok pengawal.

Jimin: Tumpang tanya, semua pelajar dah keluar kan?

Pengawal: Ya... Waktu persekolahan untuk semua pelajar dah habis. Pelajar dah pulang pukul 1:30 petang tadi...

Jimin mengeluh panjang. Entah mengapa hatinya tidak tenang. Setahunya Redna seorang yg amat menepati masa tapi sekarang sudah masuk 20 minit dia menunggu.

Pengawal: Kenapa ya encik?

Jimin: Tak, saya tunggu isteri saya... Eh adik! Maaf maaf..

Sempat pula dia tersasul tatkala ini. Pengawal itu berasa agak hairan mendengar perkataan isteri yg keluar daripada mulut Jimin.

Pengawal: Hmm tak apala encik... Apa kata encik ikut saya masuk dalam sekolah. Mungkin adik encik ada kat dalam sekolah lagi...

Jimin: Oh ya baik...

Jimin mengikuti langkah pengawal itu. Dia memerhati sekeliling. Bayang Redna masih juga tidak kelihatan. Dia meneruskan lagi langkahnya mengikuti pengawal itu ke koridor seterusnya.

Redna kini sudah berada di hadapan kelas yg diberitahu oleh Encik Chanyeol tadi. Berat rasanya langkah Redna untuk masuk ke dalam kelas itu. Perasaannya bercampur baur. Dia ingin meminta cikgunya itu menangguhkan kelas itu pada hari lain.

Dia menolak pintu kelas perlahan-lahan. Dia melihat keadaan sekeliling. Hairan. Tiada sesiapa di dalam kelas itu. Tetapi kipas terbuka.

Tiba-tiba pintu yg ditolaknya tadi itu tertutup dengan kuat. Dia segera menoleh ke arah pintu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kelibat Encik Lee disitu.

Redna: Eh apa cikgu buat kat sini?!

Encik Lee: Bukan main berlagak lagi kan kamu dengan saya?

Jantung Redna berdegup kencang. Dalam fikirannya sekarang sudah membayangkan Encik Lee ingin berbuat jahat kepadanya. Dia sudah berkira-kira untuk lari dari situ.

Dia segera berlari ke arah pintu. Tapi sayang, belum sempat dia membuka pintu yang dikunci oleh Encik Lee, pinggangnya sudah diraut oleh Encik Lee.

Redna: Apa ni cikgu! Lepaslah!!!

Encik Lee: Kamu tak payah nak jual mahal sangat lah dengan saya! Saya dah lama nakkan awak!

Redna: Apa cikgu cakap ni! Lepaskan sayalah!!!

Encik Lee: Heh, penat penat saya perangkap kamu ke sini, kamu ingat senang senang saya nak lepaskan? Kamu jangan risau, saya mampu bayar kamu.

Redna segera melepaskan pautan Encik Lee. Dia segera meluru ke arah pintu untuk melepaskan diri sekali lagi. Tetapi langkah Encik Lee lebih laju.

Tangan Redna direntap kasar oleh Encik Lee. Redna terdorong jatuh ke lantai. Melihatkan Encik Lee makin mendekatinya, Redna segera mengundur ke belakang.

Redna: Tolong!!!!

Encik Lee: Heh, heh... Sapa nak tolong kamu? Kat sekolah dah tak ada orang dah lah.... Tak guna kamu jerit jerit...

Encik Lee cuba untuk mengusap-usap rambut Redna yg menutupi matanya. Redna mengelak sedaya upaya dari disentuh oleh Encik Lee. Jijik rasanya.

Encik Lee: Kamu ni dalam keadaan macam ni pun masih lagi nak menolak? Jual mahal betul kamu ni...

Redna masih lagi memikirkan cara untuk membebaskan diri. Kali ini dia harus bertindak cepat sebelum orang tua gatal itu. Tangan Encik Lee yg sedari tadi cuba untuk mengusapnya itu dipandang. Dia segera menggigit tangan itu.

Encik Lee: Oh shit!!!

Ppang! Satu tamparan singgah di pipi kanan Redna. Seraya dengan itu Redna menjerit sekuat hati. Air matanya mengalir deras. Di dalam hatinya berharap akan ada sesiapa yg menolongnya tatkala ini. Dia sudah gagal untuk melepaskan diri. Dia masih lagi bergelut dengan Encik Lee.

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu dirempuh. Encik Lee yg sedari tadi sibuk bergelut dengan Redna menoleh ke arah pintu.

Bush!!! Sebiji penumbuk singgah di pipi Encik Lee. Tumbukan yg kuat itu menyebabkan Encik Lee terdorong ke tepi.

Sewaktu Jimin sedang mencari Redna, dia terdengar bunyi jeritan Redna. Dia amat yakin bahawa itu suara Redna. Jimin dan pengawal berpecah untuk mencari Redna di kawasan sekitar koridor itu.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi jeritan Redna sekali lagi sewaktu dia mencari di bilik sakit. Oleh kerana jeritan itu kedengaran sangat kuat, Jimin yakin Redna berada di dalam kelas yg terletak di sebelah bilik sakit itu. Pintu yg berkunci itu menyebabkan Jimin terus merempuh pintu kelas tersebut.

Jimin: Dia tu bini aku! Kau ada hak apa nak sentuh bini aku? Dasar orang tua tak sedar diri!

Tanpa berlengah lagi Jimin segera memberikan tumbukan bertubi-tubi kepada Encik Lee. Geram benar dia melihat apa yg Encik Lee lakukan kepada Redna sebentar tadi.
Jimin tidak dapat mengawal kemarahannya. Encik Lee sudah kelihatan sangat lembik dan lemah kerana pukulan tanpa henti oleh Jimin.

Encik Chanyeol dan pengawal keselamatan yg baru tiba di situ segera menarik Jimin untuk menghentikan tindakan Jimin.

Pengawal: Encik bawa bersabar...

Encik Chanyeol: Apa yg jadi ni encik? Encik Lee?

Jimin: Si bedebah tak guna ni nak rogol isteri saya! Dasar tak guna!

Jimin segera dihalang oleh Encik Chanyeol dan pengawal keselamatan yg berada di situ. Kalau dilepaskan, mati Encik Lee disitu kerana dipukul oleh Jimin.

Encik Chanyeol: Pengawal, kamu telefon polis sekarang dan panggil pengetua.

Jimin menarik nafas sedalam yg boleh untuk menghilangkan amarahnya. Dia benar-benar tak puas hati dengan kelakuan Encik Lee. Kalau diikutkan hati dia ingin sahaja memukul Encik Lee itu lagi tapi nasib baik dihalang oleh Encik Chanyeol.

Pandangannya dialihkan kepada Redna yg masih lagi tidak berhenti menangis. Dia segera menghampiri isterinya itu. Dipegang lengan isterinya itu perlahan.

Tiba-tiba Redna tersentak. Dia masih lagi trauma dengan kejadian tadi. Apabila dia melihat Jimin, dia terus memeluk Jimin. Tangisan makin kuat kedengaran. Jimin membalas pelukan Redna dan cuba menenangkannya.

Jimin: Shuh shuh.. Tak apa aku ada kat sini....

Redna: Takut....

Pelukannya dieratkan lagi. Ketakutan yg dirasakan sebentar tadi perlahan-lahan hilang. Entah kenapa apabila berada di dalam pelukan Jimin, dia berasa sangat tenang.

Beberapa minit kemudian, polis tiba di sekolah. Jimin dipanggil untuk memberikan keterangan. Beberapa polis wanita menyoal siasat Redna. Encik Chanyeol juga memberi keterangan kepada polis yang datang.

Encik Lee ditangkap dan dibawa oleh polis yg datang. Kes ini akan disambung semula di mahkamah. Jimin memimpin Redna perlahan-lahan ke arah kereta. Keadaan isterinya itu masih lagi belum stabil.

Encik Chanyeol: Encik ini suami Redna?

Jimin: Ya... Kami dah berkahwin awal tahun ni.

Encik Chanyeol: Oh maafkan kami ya encik. Kami leka dan tak sedar. Nasib baik tak jadi apa apa pada Redna.

Jimin: Tak apalah. Nak buat macam mana kan?

Pengetua: Encik, saya rasa Redna perlukan rehat yg cukup. Biarkan dia ambil masa dia. Bila dia dah stabil baru datang sekolah ya.

Jimin: Terima kasih, encik. Saya balik dulu ya. Lagipun Redna dah ada dalam kereta tu lama.

Pengetua: Oh ya baik...

Vote and comment guys!!! 🌌👑

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now