Chapter 30

787 59 5
                                    

Selepas puas meneroka segenap ladang teh itu, mereka berdua berangkat pergi dari situ. Sempat juga mereka singgah di kedai yang menjual cenderahati. Mereka membeli beberapa bungkus teh untuk mereka berdua dan juga Puan Park. 

Jimin: Lapar tak?

Redna: Tak rasa lapar lagi... 

Jimin: Hmm takpelah~~

Redna: Awak lapar eh?

Jimin mula mempamerkan riak sedih. Haha lapar betul dia ni. Redna ketawa kecil melihat ekspresi muka Jimin.

Redna: Alolo siannya dia.... Oklah, nak makan kat mana?

Jimin: Jom makan kat situ...

Mereka berdua melangkah ke arah sebuah kafe yang terletak di atas ladang teh itu. Selesai memesan makanan mereka berdua mula berbual kosong.

Redna: So kurang dari 2 tahun, saya dah nak pergi London...

Suara Redna kedengaran sedih. Entah banyak yang bermain di fikirannya. Jika dahulu dia memang ingin pergi melanjutkan pelajarannya di London, malah dia teruja. Tapi kini dia berasa seperti tidak mahu tinggalkan Korea.

Jimin yang sedang menghirup teh panas tersedak. Terbatuk-batuk Jimin. Dia segera menepuk-nepuk dadanya untuk menghilangkan rasa batuk.

Redna: Eh awak okay ke tak ni? Haish macam mana lah minum sampai terbatuk-batuk.

Jimin: Ha, ala tersedak biasala. Ada orang seru nama aku la tu. 

Redna: Perasan... Siapa je nak seru nama awak~~~

Jimin: Hahaha... Hmmm pasal tadi....

Redna: Ya, pasal tadi... Kenapa?

Jimin: Kau memang nak pergi ke?

Redna: Tahlah... Saya pun tak pasti sama ada nak pergi atau tak...

Jimin: Kalau kau rasa tuk kebaikan, pergilah... Kau nak pergi belajar kan?

Redna: Awak tak kisah?

Jimin: Kau ambil kira juga ke keputusan aku?

Redna: Ya, cuz you are my husband....

Terusik hati Jimin tatkala mendengar perkataan 'husband' itu keluar dari mulut Redna. Dia masih lagi teringat tatkala mereka bergaduh besar dahulu. Redna menyatakan bahawa dia tidak menganggap Jimin sebagai apa apa. Tapi hari ini berbeza pula.

Jimin: Kalau aku cakap aku taknak kau pergi?

Redna: Kenapa?

Jimin: Tak adala 'kalau'...

Redna: Kalau awak taknak saya pergi, awak kena yakinkan saya untuk tinggal.

Jimin: Dan kalau aku berjaya untuk yakinkan kau?

Redna: I'll be yours forever...

Kedua-duanya tersenyum kecil. Entah mengapa Redna berasa seperti Jimin benar-benar maksudkan ia. Tetapi tadi Jimin cakap kalau~~~

Selesai makan, mereka berdua menyambung perjalanan mereka untuk meneroka segenap hill resort itu. Sempat juga mereka membeli beberapa cenderahati untuk dibawa pulang

Mereka pulang ke bilik hotel mereka sebentar. Penat selepas puas berjalan di sekitar hill resort itu. Mereka ingin berehat sebentar. Tambahan pula tempat yang mereka ingin pergi tadi terlalu ramai orang, jadi mereka terpaksa batalkan niat mereka.

Redna berehat di atas katil sementara Jimin sedang membersihkan diri di dalam bilik air. Matanya kian berat. Penat berjalan ke sana sini bersama Jimin. Semakin lama, bunyi daripada televisyen kedengaran perlahan.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now