Mata Redna mula melilau mencari kelibat di bahu jalan yg bertentangan. Mereka berjanji untuk berjumpa di lampu isyarat ini. Dalam kesesakan orang ramai, akhirnya matanya mula tertancap pada seseorang. Park Jimin. Senyuman mula terukir di wajahnya.
Jimin pun melihatnya. Dia turut tersenyum. Satu-satunya wanita yg amat dirinduinya.
Hati mereka berdegup kencang menanti lampu isyarat itu berubah merah supaya pejalan kaki boleh mula melintas. Detik demi detik dikira mereka berdua.
Dan akhirnya lampu isyarat itu bertukar merah. Begitu sesak tatkala itu kerana terlalu ramai pejalan kaki yg turut melintas. Redna mula bergegas berjalan menuju ke arah Jimin.
Namun, secara tiba-tiba dirinya dipeluk oleh seseorang. Dan orang itu bukanlah Jimin kerana jelas dimatanya Jimin sedang melihatnya.
Namjoon: Hey babe... Miss me?
Jimin seakan tidak percaya akan apa yg dilihatnya. Mulutnya separa ternganga menzahirkan betapa terkejut dirinya itu. Redna baru sahaja memeluk seorang lelaki. Di hadapannya. Untuk inikah Redna ajaknya berjumpa ?
Redna pula seperti dirantai dan mulutnya bisu. Tubuhnya kaku tak mampu memberi reaksi apapun. Wajah Jimin tidak henti-henti dipandangnya. Tangannya diraih Namjoon dan diletakkan di bahu Namjoon.
Mata Redna mula berkaca tatkala Jimin mula menunjukkan isyarat dia sedang undur diri. Jimin menggunakan bahasa isyarat memberitahu Redna bahawa dia tidak akan menganggunya lagi. "Be happy".
Perlahan-lahan Jimin mula lenyap dalam kelompok pejalan kaki. Nafas Redna mula turun naik. Air matanya menitis perlahan-lahan. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tubuhnya ditarik daripada pelukan Namjoon.
Namjoon: Hey, why are you crying? You miss me this bad huh? Auwww....
Redna hanya mampu mengangguk lemah sambil matanya memerhati ke arah dimana Jimin berlalu sebentar tadi. Air matanya dilap perlahan oleh Namjoon.
Redna hanya diam membisu sepanjang perjalanannya pulang bersama Namjoon. Namjoon yg memandu keretanya pulang ke rumah setelah ajakan untuk mereka makan tengahari ditolak Redna.
Namjoon: Redna, are you okay? Why you diam?
Redna: I told you right, I sakit kepala.
Namjoon: Okay. I'm sorry.
Redna melemparkan pandangannya ke luar tingkap. Fikirannya tidak tenang. Dia hendak tahu keadaan Jimin sekarang. Dia risaukan Jimin.
Redna: How do you know i'm there?
Suasana yg hening tiba-tiba dipecahkan oleh soalan daripada Redna kepada Namjoon. Namjoon yg fokus memandu, mula memberi reaksi terhadap soalan tersebut.
Namjoon: Remember you and I turn on share our location? So once i dah sampai Korea, saje nak surprise kan you I detect la you guna location tu.
Redna: Ouh.
Namjoon: Why? Aren't you surprised?
"Ye memang surprise cuz you shouldn't even be there. And Im not the only one yg surprised. Jimin did too." ujar Redna dalam hati lalu kembali melemparkan pandangannya ke arah tingkap.
Redna: If you guys wanna bincang about the wedding go ahead. Im tired and I just want to get some rest. Please don't disturb me.
YOU ARE READING
•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|
RomanceMereka berdua berkahwin atas dasar paksaan dan keputusan keluarga. Jika seperti kisah-kisah lain, mereka akan sentiasa bergaduh kerana saling tidak cinta, tapi kali ini tidak. Mereka memutuskan untuk menjadi sahabat baik. Sentiasa menyokong dan memb...