Chapter 6

1.1K 85 2
                                    

Redna menghempaskan badannya ke atas katil di dalam biliknya. Matanya mengerling ke arah tingkap. Dia tahu Jimin sudah beredar tadi. Dia hanya mengeluh.

Tangannya mula mengurut-ngurut dahinya. Dia sedang memikirkan sesuatu. Tindakannya sebentar tadi.

Redna POV

Hurm... Apa kena dengan aku tadi? Kenapa aku perlu bersikap macam tu? Adakah aku? Dah sukakan Jimin? Ish!! Tak mungkin! Kau tak boleh, kau tak boleh sukakan dia. Ingat dia cuma bestfriend. Tak lebih. Jangan pernah ada perasaan untuk dia!

Segera aku menampar diriku sendiri. Ingin sedar dari lamunan ini. 

Jimin POV

Aku memarkir keretaku berhampiran dengan taman. Selepas selesai mengunci kereta, langkah kakiku diayun menuju ke taman.

Aku mencari-cari kelibat Somi, teman wanitaku. Katanya dia sudah sampai. Mataku melilau-lilau mencarinya di segenap ruang.

Aku mula berjalan ke arahnya apabila mataku sudah menangkap susuk tubuhnya. Aku segera duduk di sebelahnya. Aku tersenyum lebar.

"Somi-ah.. I miss you so much...." kataku. Dia yg mendengar suaraku segera memandang ke arahku. Dia baru sedar yg aku sudah sampai. Dia pula yg tersenyum lebar.

"Oppa! I miss you more aaaaa" katanya. Aku mencubit pipinya yang dimataku kelihatan amat comel tatkala ini. 

Kami mula berbual-bual tentang hari-hari kami. Aku hanya mendengar ceritanya. Dia kelihatan sungguh bersemangat menceritakan kisah-kisahnya padaku. Sesekali aku tersenyum dengan telatah comelnya.

Author POV:

Jimin dan Somi tidak henti-henti berbual tentang hari-hari mereka. Selepas puas berbual dan bermesra, mereka mula bangun dan berjalan di sekitar taman.

Jimin: Somi, oppa ingat nak ajak Somi tengok wayang lepas ni... Nak tak?

Somi: Erm... Somi nak sangat pergi oppa... Tapi lepas ni Somi ada practice.

Jimin: Oh yeke... Tak apalah kalau macam tu. Somi baliklah. Rehat. Nanti nak practice kan?

Somi: Ala... Tak apa ke oppa? Kita baru je jumpa. Takut oppa marah pula.

Jimin: Tak apa. Oppa faham.

Somi: Okay.. Annyeong oppa! Saranghae!

Jimin: Ne...

Selepas melihat Somi berlalu dari situ, Jimin mula mengatur langkah ke arah keretanya. Dia masuk ke dalam kereta dan termenung seketika.

Jimin: Hm, why do it feels weird? Like something is off. Maybe i'm just tired. Whatever.



Hari ini merupakan hari sebelum perkahwinan. Kedua-dua pihak sibuk menyiapkan persiapan kahwin. Latihan cara berjalan semuanya hari ini.

Redna duduk seketika sambil mengelap peluh di dahinya. Penat tidak terkata. Dia mengeluh. Dia melihat keadaan sekeliling. Esoklah dia akan berkahwin.

Esoklah di mana hari dia akan menjadi milik seseorang. Dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Park Jimin. Dia akan hidup bersama Park Jimin selepas ini. Tidak boleh lagi bermanja dengan omma dan appanya.

Seketika kemudian, Jimin datang dan duduk di sebelah Redna. Dia tersenyum melihat Redna. Entah kenapa dia tertarik melihat Redna ketika itu. Baginya, Redna kelihatan bersahaja namun masih sahaja cantik.

Dia menghulurkan botol mineral kepada Redna. Redna yg sedari tadi hanya melihat keadaan sekeliling mula perasan akan kehadiran Jimin di sebelahnya. Dia memandang botol mineral itu.

Jimin: Kenapa pandang je? Ambil lah. Penat kan?

Redna menyambut huluran dari Jimin itu. Dia segera meneguk botol minuman itu. Lega rasanya tekaknya yg kering itu. 

Redna: Weh.. Esok kita dah nak berkahwin tau.

Jimin: Aha... Aku tahulah. Memang esok kita kahwin. Kenapa nak harini ke?

Redna: Tak adalah. Aku just nak cakap. Kalau kau nak batalkan perkahwinan ini pun tak apa.

Jimin: Ada ke aku cakap nak batalkan? Tak kan? Kita dah janji dengan parents kita masing-masing kan? Dan kita tepatilah janji kita tu.

Redna: Kau serius nak kahwin dengan aku? Habistu girlfriend kau?

Jimin: Kenapa kau tak serius ke tentang perkahwinan kita? Aku terima je kau jadi isteri aku. Kau tak ingat ke apa kita janji hari tu?

Redna: Ingat. Kita tetap bestfriend even lepas kahwin kan?

Jimin: Jadi? Apa yg nak risau... Okaylah.. Appa panggil aku tu. Nanti aku datang lagi.

Jimin terus bangun dan berlalu dari situ. Tinggal Redna sendirian yg hanya memandang ke arah Jimin. Sesekali matanya memandang sekeliling.

Redna: Aku... Aku takut kalau suatu hari nanti aku akan jatuh cinta dengan kau Park Jimin.

Redna bermonolog sendirian. Dia memejamkan matanya dalam-dalam. Dia mahu buang semua perasaan yg sedang bergelodak dalam hatinya itu. Fikirannya bercelaru.



Redna dan Jimin tiba di dewan persandingan. Mereka perlu berlatih cara berjalan, duduk dan sebagainya di sini.

Redna terpukau dengan kecantikan dewan persandingan. Sungguh cantik dan menarik. Rekaannya biasa tapi cukup elegan.

Redna memandang Jimin. Huluran tangan Jimin disambutnya. Mereka berdua berjalan perlahan-lahan menaiki pentas tempat dimana mereka akan bersanding. Mereka melabuhkan punggung mereka di kerusi 'raja sehari'. Mereka berdua tersenyum indah.

Jimin memandang ke arah Redna. Dia tertarik dengan senyuman Redna. Sungguh ayu dan elegan. Dan menyerlahkan lagi kecantikan Redna. Redna sedar akan tatapan Jimin dari tadi pada dia.

Redna: Hiya, apa yg kau tenung muka aku dari tadi hah?

Redna menolak lembut muka Jimin dari terus memandangnya. Jimin menggaru kepalanya kerana malu. Dia menutup matanya dan tersenyum.

Redna: Auwh, look you're so cuteeeeee!

Secara spontan kedua-dua belah tangan Redna mendarat di pipi Jimin. Dia mencubit pipi Jimin sambil tersenyum. 

Tiba-tiba mereka bertentang mata. Masa seakan berhenti seketika. Jimin memandang ke arah Redna dengan mendalam.

Redna mula sedar dari lamunan indah mereka. Dia menggelengkan kepalanya. Dia mula berdehem dan membetulkan rambutnya yg terkeluar dari sanggulnya.

Redna: So...Sorry

Jimin juga baru sedar. Dia memandang ke arah Redna yg mukanya sudah merah macam tomato.

Jimin: For what?

Redna: Yelah... Sebab cubit pipi awak... Eh kau...

Jimin: Haha... Kau nak tahu tak? Aku suka dengar kau panggil aku awak. Boleh tak lepas ni kau panggil aku awak?

Redna: Kenapa pula. Ish... Tak nak aku..

Jimin: Haha... Muktamad. Lepas je kau jadi bini aku, aku nak kau tukar panggilan 'aku' kepada 'awak'. Got it? Panggil sayang lagi okay!

Redna: Ish.. Fine lol. Kau pula tak nak tukar panggilan ke?

Jimin: Tengoklah. Hahahaahaha....

Redna: Hey! It's not fair!

Jimin: We'll see!


BERSAMBUNG

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now