Chapter 55

275 30 10
                                    

Hand break' ditarik. Jimin mengeluh panjang. Dia menyandarkan badannya dan melemparkan pandangannya jauh ke langit yg gelap itu. Peristiwa tadi mula bermain di fikirannya semula.

Jimin: Dia bencikan aku sampai tahap tu ke? Aku ni bodoh ke sebab berkelakuan macam tu?

Dia terdiam seketika. Dia cuba menarik nafas panjang menghilangkan rasa hiba yg tiba-tiba bertandang.

Jimin: Dia dah lu...lupakan aku?

Tergagap-gagap dia menuturkan kata-kata itu seakan tidak mahu sebenarnya melafazkan kata-kata itu kerna ia, ia menyakitkan hatinya.

Telefonnya berdering menandakan ada mesej baharu masuk. Pesanan itu segera dibuka dan dibacanya.

"Jangan lupa makan ubat ya. Love"

Sebaik sahaja membaca mesej tersebut dia tersenyum tawar. Handbreak segera dilepas dan keretanya mula dipandu pulang ke rumah.

Malam yg dingin, Redna mengambil keputusan untuk bersiar-siar di kota Seoul. Lama rasanya dia tidak berjalan di sekitar situ. Banyak perubahan selama 3 tahun dia tidak menjejakkan kakinya di situ.

Angin bertiup dingin. Redna memeluk tubuhnya erat. Langkah demi langkah akhirnya dia tiba di sebuah tempat. Tempat di mana banyak juga memorinya tercipta.

Kafe yg pernah dia bekerja. Teringat lagi dia sering bergelak tawa bersama rakan kerjanya, Nara. Namun kini kafe itu juga tidak wujud lagi. Pemiliknya berhijrah ke luar negara dan menjual lot kedai itu kepada yg orang lain. Kini kafe itu sudah kosong menanti pemilik barunya melakukan kerja pengubahsuaian.

Redna tersenyum tawar melihat keadaan kafe itu. Seketika kemudian, dia mula mengorak langkah beredar dari tempat itu. Sudah hampir jam 10 malam. Keadaan di sekeliling mulai sunyi.

Tiba-tiba terasa bagai sling beg yg dibawanya sedang direntap kasar oleh seseorang. Dua orang pemuda yg menaiki motosikal berhenti di sebelahnya dan cuba meragut beg yg dibawanya. Redna mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan begnya dan bergelut dengan dua orang peragut tersebut.

"WOI"

Suara garau yg muncul secara tiba-tiba itu membuatkan dua pemuda itu terkejut. Geram tidak dapat meragut beg yg dibawa Redna, seorang dari pemuda tersebut menarik lengan Redna sehingga Redna terdorong ke jalan besar. Redna memalingkan wajahnya apabila matanya berasa silau dek lampu dari kereta yg sedang menuju laju ke arahnya. Bunyi hon semakin kuat didengari.

Seraya itu lengannya segera direntap oleh seseorang dan badannya ditarik ke bahu jalan. Matanya yg ditutup segera dibuka. Sebaik sahaja matanya terbuka terlihat seorang lelaki sedang menarik nafas berulang kali. Dan. Lelaki itu adalah Park Jimin.

Mereka berdua saling berpandangan lama sambil kedua-dua menarik nafas berulang kali cuba menenangkan jantung yg kian berdegup kencang.

Jimin: Are you okay?

Seperti orang yg baru dipukau, Redna hanya mengangguk sebagai tanda menjawab persoalan Jimin. Dia masih terkejut dengan kejadian yg baru berlaku sebentar tadi. Dan sejujurnya dia juga terkejut melihat Jimin disini.

Setelah beberapa minit kedua-dua mereka terduduk di bahu jalan, Redna mula bangun dan membersihkan pakaiannya dari debu debu kotor. Dia memalingkan badannya dan mula untuk beredar pergi.

Redna: Thanks for your help.

Baru sahaja Redna memulakan langkahnya, lengannya segera dipegang oleh Jimin. Redna memusingkan wajahnya melihat Jimin yg kini juga sudah berdiri.

Jimin: I'll send you home. Please. It's dangerous.

Redna melepaskan lengannya dari genggaman Jimin perlahan-lahan. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum tawar.

•Bestfriend A.K.A Husband • |JIMINBTS|Where stories live. Discover now