Chapter 1

17.3K 337 2
                                    

"Assalamualaikum. Mak, oo, mak," panggil Umairah sambil menutup pintu kereta kelisanya itu.

"Waalaikumussalam. Oh, kamu dah sampai Maira," ucap Pn Norlia. Dia muncul di pintu rumahnya itu.

Umairah mengambil tempat di tangga rumah kayu itu. Dia segera menyalami ibunya itu.

"Mak sihat?"

Pn Norlia senyum. Dia mengangguk. "Macam ni la, Umairah. Mak kan dah tua," jawab Pn Norlia.

"Siapa kata mak tua? Mak still cantik lagi. Umur pun baru 48 belum masuk 50 lagi pun," seloroh Umairah.

Pn Norlia ketawa. "Ada-ada saja kamu ni, Maira."

Umairah senyum. Memang betul katanya. Ibunya masih lagi cantik. Berkulit putih dan tiada kedutan di wajahnya. Rupanya seperti orang asing bukan melayu tulen.

Umairah memandang sekeliling rumahnya. Dia hairan tiada adik-adik yang menyambutnya seperti selalu.

"Adik-adik mana?" soal Umairah.

Pn Norlia tersenyum. " Mira ada kelas tambahan, Amir pula ada latihan bola sepak katanya," beritahu Pn Norlia.

Umairah terangguk-angguk. Ibunya tinggal bersama dua orang adik kembarnya sejak ayahnya meninggal 7 tahun yang lalu di kampung itu. Dia sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam di Kuala Lumpur.

"Dah makan ke kamu ni?" soal Pn Norlia.

Umairah menganggukkan kepalanya. "Belum lagi. Kakak terus balik dari U lepas kelas habis. Sebab mak cakap ada perkara penting," kata Umairah. Maklumlah, baru minggu lepas dia balik ke universitinya, memulakan semester yang baru.

Pn Norlia tersenyum hambar. Dia tahu perkara yang bakal dikatakannya itu bakal membuatkan anak sulungnya itu berasa susah hati.

"Kalau macam tu, jom lah masuk, Maira. Kita makan dulu. Lagipun, panas duduk kat luar ni," ucap Pn Norlia.

Umairah menganggukkan kepalanya. Dia segea berdiri lalu terus menaiki tangga rumahnya itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Apa yang penting sangat sampai mak tak boleh cakap melalui telefon?" soal Umairah sewaktu mereka sedang berehat di ruang tamu rumah itu setelah selesai makan malam.

Pn Norlia memandang Amir dan Amira yang sedang duduk menghadap televisyen itu.

"Amir dengan Amira boleh tak masuk bilik sekejap? Mak nak bincang sesuatu dengan kakak kamu ni," pinta Pn Norlia.

Amir dan Amira hanya akur dengan arahan ibu mereka itu. mereka segera bangun lalu menuju ke arah bilik masing-masing.

"Kenapa diorang tak boleh dengar? Penting sangat ke?" soal Umairah, risau apabila ibunya menyuruh adik-adiknya untuk masuk ke dalam bilik mereka.

Pn Norlia hanya tersenyum.

"Mak taknak diorang tahu pasal perkara ni. Diorang nak SPM tahun ni. Mak taknak ganggu diorang punya study kalau mak bagitau diorang," kata Pn Norlia.

"Apa dia? Ni yang buatkan kakak risau ni," kata Umairah.

Pn Norlia tersenyum hambar.

"Kamu tahu kan selama ni, ada orang yang tanggung kehidupan kita sekeluarga kan?"

Umairah menganggukkan kepalanya. "A'ah. Mak cakap diorang tanggung guna harta arwah ayah yang ayah labur dalam saham tu."

"Sebenarnya arwah ayah kamu tu dah bankrap sebelum dia meninggal lagi. Harta arwah ayah yang diorang cakap ayah labur tu tak pernah wujud pun," beritahu Pn Norlia.

Umairah terkedu. Dia memandang ke arah Pn Norlia, tidak mempercayai perkara yang baru didengarinya itu.

"Mak bergurau kan?"

Pn Norlia tidak berkata apa-apa.

"You are serious? Habis tu, selama ni, kita makan harta siapa? Kenapa diorang nak support kita? Siapa diorang tu?" soal Umairah.

Pn Norlia mengeluh. Dia memandang Umairah. "Kawan ayah kamu yang setiap bulan akan masukkan wang perbelanjaan kita tu. Mak baru tahu bila mak tanya kawan ayah kamu tu. Dia beritahu perkara sebenarnya.

Sebelum arwah ayah meninggal, dia minta kawan dia tolong kita. Kawan arwah tu terhutang nyawa dengan arwah ayah. Sebab tulah, dia tolong kawan dia tu," beritahu Pn Norlia.

Umairah memicit-micit dahinya. "Nama?"

"Tan Sri Syed Hassan," beritahu Pn Norlia.

"Tan Sri Syed Hassan? Pemilik syarikat perumahan yang terkenal tu?" soal Umairah.

Pn Norlia menganggukkan kepalanya.

"Macam mana kita nak buat ni?" soal Pn Norlia.

Umairah memikir panjang. Dia memandang Pn Norlia yang sudah menampakkan wajahnya yang tua itu.

"Takpe mak, biar kakak yang uruskan benda ni. Kalau Tan Sri tu telefon mak, kata kat dia, dia dah tak perlu tanggung kita lagi. Kakak akan ikhtiarkan sesuatu," ucap Umairah.

"Tapi, kakak, mana kita nak cari duit? Mak ni cuma kerja jual nasi lemak dengan menjahit. Mak tak mampu nak tanggung pelajaran kakak tu," ucap Pn Norlia.

Umairah tersenyum. "Jangan risau, mak. Kakak tahu lah apa nak buat. Lagipun, kakak ada simpanan kakak sendiri. Kakak ada buat part time kat U tu."

"Maafkan mak, sebab susahkan kakak. Mak sebenarnya taknak bagitau pada kamu pasal benda ni. Tapi, mak dah takde siapa-siapa nak mengadu. Mak tak boleh nak cerita kat Amir dengan Amira. Diorang nak periksa," kata Pn Norlia.

Pn Norlia tahu anaknya, Nur Hana Umairah itu seorang yang bertanggungjawab. Dia akan menolongnya.

Umairah tersenyum. Dia memegang tangan ibunya itu. "Takpe, mak. Mak tak payah risau. Nanti kakak selesaikan masalah tu."

Pn Norlia hanya menganggukkan kepalanya. "Terima kasih, kakak," ucap Pn Norlia.

Umairah menganggukkan kepalanya. Dia tersenyum. namun, di dalam kepalanya, pelbagai perkara yang dia fikirkan.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now