Chapter 30

4.5K 177 1
                                    

Mata Umairah terbuka luas. Dia tidak mempercayai apa yang berada di hadapannya itu.

Adam, Puan Sri Maria, Tan Sri Hassan dan Lily hanya tersenyum apabila melihat Umairah yang terpegun itu.

"Let's go, Maira. Diorang dah tunggu kita," ucap Puan Sri Maria. Dia terus berjalan ke arah limosin yang sedang menunggu mereka di hadapan airport itu.

Tan Sri Hassan turut mengikut langkah Puan Sri Maria itu. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam limosin yang diapit dengan beberapa buah kereta hitam.

Lily ingin melangkah mengikut ayah dan ibunya namun ditahan oleh Umairah.

"Lily, betul ke kita nak naik limosin tu?" soal Umairah sambil matanya meliar memandang sekitar kawasan itu.

Lily ketawa apabila mendengar kata-kata Umairah itu.

"Kenapa awak ketawa?" soal Umairah.

Ketawa Lily mula mengendur. "No, no. It is just that I..,"

"Kenapa korang ada kat situ lagi? Let's go now. We will be attracting the people if we stay here any longer," ujar Adam apabila melihat Lily dan Umairah masih lagi berbual-bual di hadapan pintu masuk airport itu.

"Okay, abang Kael," ucap Lily.

Lily segera menarik lengan Umairah lalu mula berjalan ke arah limosin yang sedia terbuka itu.

"Welcome home, your royal highness," ucap pemuda yang sedang membuka pintu untuk mereka.

Umairah yang mendengar kata-kata pemuda itu segera berkalih ke arah Lily. Lily hanya tersengih. Umairah ingin bertanya namun tidak sempat apabila Lily sudah masuk ke dalam limosin itu.

"Abang Kael," panggil Lily.

Adam yang sedang berbual-bual dengan beberapa orang pengawal yang ada di situ segera datang mendekati.

"Abang Kael akan drive sendiri kan kereta? Boleh abang bawa Maira sekali? Dia nampak macam ada banyak benda yang nak tanya tu," kata Lily.

Umairah membeliakkan matanya. Lily mengenyitkan matanya. "You should ask abang Kael. Saya tak arif sangat dengan apa yang jadi ni," kata Lily, nakal.

Adam hanya menganggukkan kepalanya. Dia segera menutup pintu limosin itu lalu mengarahkan mereka untuk bergerak. Kedua-dua limosin itu segera bergerak meninggalkan perkarangan airport itu diikuti beberapa kereta pengiring.

Umairah hanya memerhati sahaja kelibat kereta yang menghilang itu.

"Jom, Hana. Kita pergi sekarang," ucap Adam apabila sebuah Lamborghini berhenti di hadapan mereka.

Seorang pemuda berambut perang keluar daripada kereta tersebut. Adam tersenyum gembira apabila melihat lelaki itu. Dia segera mendekati lelaki itu lalu memeluknya.

Mereka berbual-bual seketika dalam bahasa belanda. Sesekali mereka memandang Umairah yang sedang kekok berdiri di hadapan kereta itu.

Lelaki itu segera mendekati Umairah. Dia menundukkan badannya. "Nice to meet you, my lady," ucap lelaki itu.

Umairah segera memandang Adam. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Adam hanya ketawa apabila melihat telatah Umairah yang sedang kalut itu.

"Joe, you make her awkward," ucap Adam sambil memukul lembut bahu rakannya itu.

"Hana, kenalkan this is Joe, my childhood friend. My bestfriend," perkenal Adam.

Umairah menganggukkan kepalanya. "Hi Joe, I'm Umairah," ucap Umairah.

"U..mai.. Umai..rah?"

Umairah tersenyum. "You can call me Myra," kata Umairah apabila Joe mengalami kesukaran untuk menyebut namanya.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now