Chapter 50

4.7K 173 0
                                    

Adam sibuk menyemak dokumen yang penuh di atas mejanya. Dia khusyuk memeriksa dokumen itu tanpa mempedulikan Alfred yang sedang berdiri di hadapannya.

Tiba-tiba telefon Alfred bergetar menandakan panggilan masuk. Dia terus mengangkat panggilan tersebut. Riak wajah Alfred berubah apabila mendengar kata-kata di hujung panggilan itu. Sesekali dia mengerling ke arah Adam yang masih lagi tidak mengangkat kepalanya daripada dokumen yang disemaknya itu.

"I'll tell HRH about this," ujar Alfred sambil memandang Adam.

"Yes, yes. Thank you and see you," ujar Alfred sambil memutuskan panggilannya.

"Your Royal Highness," panggil Alfred.

"Hmm..," ujar Adam tanpa mengangkat kepalanya. Dia tekun membaca dokumen itu.

Alfred menarik nafas panjang. "Ada sesuatu dah berlaku," kata Alfred.

Adam mengangkat kepalanya. Riak wajah Alfred yang gelabah itu membuatkan Adam berkerut.

"Apa yang berlaku?" soal Adam, serius.

"Lady Umairah ada di Belgium. Bersama-sama dengan Princess Laura. Mereka baru sahaja sampai di lapangan terbang," beritahu Alfred.

Riak wajah Adam berubah.

"Sekarang ni, mereka ada di mana? Macam mana Hana Umairah boleh ada di sini?" soal Adam, agak tegang.

"Mereka still ada di lapangan terbang, terkandas di sana kerana wartawan-wartawan sudah berkumpul di situ. Sekarang ni, HRH Prince Hacen dah hantar backup bodyguard ke lapangan terbang bagi melindungi mereka berdua," beritahu Alfred, tenang.

Adam bingkas bangun. "Prepare the car. We are going," kata Adam sambil berjalan ke arah pintu biliknya. Dia mencapai kotnya yang tersidai di penyangkut sebelah pintu itu.

Alfred mengangguk. Dia terus menurut perintah Adam itu.

"Tell Ferdinand to bring his best men with us," kata Adam, tegas.

"Yes, your royal highness."

Alfred terus menghubungi Ferdinand, ketua pasukan keselamatan elit milik Adam itu.

Sebaik sahaja Alfred selesai menghubungi Ferdinand, Adam terus keluar daripada bilik itu.

Alfred terus mengikut langkah Adam.

"Tell me the situation," pinta Adam.

"Princess Maria's assistant, Fara was asked by HRH Princess to inform you about what happen. Princess Laura went to Malaysia last week and today is the day that she return. But, who knows that HRH would bring Lady Umairah with her."

"How come the reporters know about their arrival?" soal Adam.

"HRH Prince Hacen has started the investigation. It seems like one of palace personel heard the conversation between His Majesty and Prince Hacen. She sold the information to the reporters," beritahu Alfred.

Langkah Adam terhenti. Dia pandang Alfred. "Betul gadis itu yang beritahu? Bukan spy daripada mana-mana musuh kita?" soal Adam.

Alfred mengangguk. "Yes. Prince Hacen already investigated. The transaction had been proved."

Adam kembali berjalan apabila mendengar kata-kata Alfred itu. Mereka tiba di hadapan pintu masuk istana itu.

Alfred segera membukakan pintu kereta yang sudah tersedia di hadapan istana itu. Adam terus masuk tanpa mempedulikan sapaan daripada beberapa orang pegawai yang ada di situ.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now