Italic - bahasa Belanda
King Henry pandang sekeliling kawasan dewan besar itu. Dia mencari kelibat Adam. Sejak daripada petang tadi, dia mencari Adam. Alfred, pembantu Adam sendiri tidak dapat menghubungi Adam.
"Dapat contact Mike?" soal King Henry kepada pembantu peribadinya.
"We still can't contact Prince Michael, your majesty," kata pembantunya.
King Henry mengangguk. Matanya meliar mencari kelibat Adam. Majlis itu sudah berlangsung 30 minit yang lepas, namun bayang Adam langsung tidak nampak. Masing-masing mencari Adam yang menghilang selepas dia menghantar Umairah ke villa Princess Maria.
Lily dan Umairah turut berada di majlis itu. Lily tidak pernah meninggalkan Umairah berseorangan di majlis itu.
"Kak El, rasanya saya kena gerak sekarang ni. Flight saya pukul 10 kan? Sekarang ni dah pukul 8.30," kata Umairah.
Lily pandang Umairah. Dia keberatan untuk melepaskan Umairah pergi.
"Kak El, don't worry. I'll be okay. You got me five bodyguard today only for me to go to airport," kata Umairah.
Lily pandang Umairah, meminta kepastian. Umairah mengangguk.
"See you later, kak El. Kirim salam pada uncle Ha dan auntie Maria. Nanti kalau korang semua balik ke Malaysia, beritahu Maira. Kita boleh jumpa," kata Umairah.
Lily senyum sambil mengangguk. Dia memeluk tubuh Umairah.
"I'm sorry, Maira. Untuk segala-galanya," kata Lily.
Umairah senyum. "Kak El ni. Selalu minta maaf. Semua ni bukan salah sesiapa. Takdir Allah, kak El. Siapa kita nak lawan," kata Umairah, perlahan.
Lily mengangguk. Dia senyum. "Jangan lupa contact kami semua di Belgium," pesan Lily.
Umairah angguk.
"Jaga diri, Maira. Kak El doakan supaya Maira dapat penuhi cita-cita Maira. Please jadi doktor yang paling baik di dunia ni," kata Lily.
Umairah ketawa. Dia angguk sambil tersenyum. "Terima kasih, kak El. Untuk semuanya," ucap Umairah.
Kemudian, Umairah terus melangkah ke pintu keluar dewan besar itu. Lily terus mengarahkan beberapa orang pegawai mengikut langkah Umairah keluar daripada dewan besar itu.
Serentak Umairah keluar daripada keluar daripada dewan besar itu, Adam pula melangkah masuk ke dalam dewan masuk melalui pintu masuk. Kedudukan pintu masuk dan pintu keluar dewan itu agak jauh antara satu sama lain. Mereka tidak terserempak langsung.
Pembantu King Henry terus datang mendekati Adam memintanya untuk berjumpa dengan King Henry di bilik khas yang memang disediakan untuk tetamu VVIP itu.
Adam mengangguk. Dia terus mengikut langkah pembantu King Henry itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Where have you been, Mike?" soal King Henry apabila Adam melangkah masuk ke dalam bilik tetamu itu.
Adam pandang King Henry. "Just somewhere," jawab Adam, acuh tak acuh.
King Henry mengeluh. "Did you know that everyone have been looking for you?" soal King Henry.
Adam senyum sinis. "Why? Takut sekiranya Mike tinggalkan Belgium?" soal Adam.
King Henry pandang Adam yang tersenyum sinis itu.
Adam mengambil tempat di hadapan King Henry. Dia mengeluh sambil meraup-raup wajahnya.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...