Chapter 57

5.3K 202 10
                                    

Italic - Bahasa Belanda

Umairah terduduk di atas tangga yang ada di hadapan villa itu. Dia menangis teresak-esak melihat kereta Adam yang semakin menjauh daripada pandangannya.

Beberapa orang pembantu yang ada di situ terus mendekati Umairah. Mereka turut memanggil Lily yang ada di villa itu.

Lily terus keluar daripada villa itu apabila pembantunya memanggilnya. Dia terus menerpa ke arah Umairah lalu memeluk tubuh Umairah.

Umairah pandang Lily. "Kak El, what should I do? It hurts so much. Hati Maira sakit sangat," ucap Umairah, tersedu.

Mata Lily turut bergenang dengan air matanya. Dia peluk erat tubuh Umairah.

"Maafkan kak El, Maira. I'm sorry," ucap Lily.

Umairah ketawa dalam tangisannya. "Kenapa semua orang asyik minta maaf? Kak El dengan Kael tak buat salah pun pada Maira," kata Umairah.

Hati Lily pilu mendengar kata-kata Umairah.

"Kak El, Maira nak balik ke Malaysia malam ni. Boleh kak El aturkan?" soal Umairah yang semakin tenang. Dia pandang Lily yang sedang memeluknya.

"Are you sure?" soal Lily.

Umairah angguk lemah. "Yes, kak El."

"Kalau macam tu, akak teman Maira balik ke Malaysia," kata Lily.

Umairah geleng kepalanya. "Tak perlu, kak El. Kak El ada majlis kan malam ni? Majlis untuk perkenalkan Kael secara rasmi sebagai pengganti King Henry kan?" tolak Umairah.

Lily mengeluh. "Fine, Maira. Kak El akan uruskan flight Maira. Tapi, after majlis tu," kata Lily.

Umairah hanya angguk. "Maira akan pergi ke majlis tu tapi hanya sekejap sahaja. Maira tak kuat untuk lihat Kael di majlis tu. Maira takut Maira akan menangis lagi," kata Umairah.

Lily angguk, setuju dengan kata-kata Umairah. "Okay, Maira. I'll arrange it," kata Lily.

Umairah senyum sambil mengangguk kepalanya.

"So, let's prepare for our dinner, Maira," ujar Lily sambil menarik Umairah bangun daripada duduknya.

Umairah hanya menurut kata-kata Lily. Dia mengikut langkah Lily yang memasuki villa itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Ayahanda, kita perlu berbincang," ucap Puteri Elizabeth yang tiba-tiba muncul di muka pintu pejabat King Henry.

King Henry yang pada ketika itu sedang sibuk menyemak dokumen terus mengangkat kepalanya.

"What do you want, Beth?" soal King Henry.

Puteri Elizabeth terus duduk di hadapan ayahandanya itu. "This is about Mike and his willingness to be King," kata Puteri Elizabeth.

Apabila King Henry mendengar kata-kata Puteri Elizabeth itu, dia terus mengangkat kepalanya. Dia pandang anak gadisnya yang baru berumur 12 tahun itu.

"Kenapa dengan Mike?" soal King Henry.

"Ayahanda tak patut buat Mike macam tu. Kasihan dia," kata Puteri Elizabeth.

"Apa yang ayahanda dah lakukan sehinggakan Beth kata begini?"

"When you asked him to be a king, you take his freedom, father. Dia tak sepatutnya memikul tanggungjawab itu, ayahanda. Hati dia ada di Malaysia, bukan di Belgium ni," ujar Puteri Elizabeth, lembut.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now