Chapter 22

4.5K 217 0
                                    

Umairah menjenguk ke luar rumah apabila seseorang memberi salam. Dia tersenyum melihat Adam dan keluarganya ada di luar rumah itu. Tunku Abdullah turut sekali ada bersama-sama mereka.

"Jemput masuk, semua," ajak Umairah. Dia memanggil emaknya yang sedang sibuk di dapur.

Pn Norlia segera menyertai Umairah di ruang tamu. Dia terkedu apabila melihat Tunku Abdullah datang bersama-sama dengan Tan Sri Hassan itu.

Umairah tidak menyedari riak wajah ibunya yang berubah itu.

Dia segera meminta diri ke dapur. Lily turut mengikut langkah Umairah ke dapur walaupun beberapa kali dihalang oleh Umairah itu.

"Assalamualaikum, Lia," ucap Tunku Abdullah.

Pn Norlia menjawab salam. Dia tersenyum sayu. "Tunku dah pergi ke kubur?" soal Pn Norlia.

Tunku Abdullah mengangguk. Matanya bergenang. "Maafkan, aya..,"

"Jangan, Tunku. Maira tak tahu perkara ni," kata Pn Norlia, memintas kata-kata Tunku Abdullah.

"Tapi,.."

Pn Norlia tersenyum. "Perkara lepas jangan dikenang dah. Dia pun dah takde. Saya dah maafkan Tunku," kata Pn Norlia.

Tunku Abdullah hanya tersenyum hambar.

Tan Sri Hassan memegang bahu Tunku Abdullah itu.

"Betul kata Lia tu, ayah Su. Rahim pun dah takde. Dia mesti gembira kalau dapat tahu yang ayah Su datang ke sini. Melihat cucu-cucu ayah Su tu," sampuk Tan Sri Hassan.

Pn Norlia mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Tan Sri Hassan itu.

Kemudian, pandangannya beralih pada Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria itu.

"Saya berterima kasih pada abang Ha dengan kak Maria sebab bantu saya sekeluarga," kata Pn Norlia, lembut.

Tan Sri Hassan tersenyum.

"Tak payah berterima kasih pada kami, Lia," ucap Puan Sri Maria.

"Lagipun, apa yang kami berikan pada Lia sekeluarga tu pun, memang hak Lia sekeluarga. Rahim sendiri punyai share dalam syarikat kami. Lagipun, duit dalam banknya tu tak pernah luak pun. Dia tak pernah usik satu sen pun daripada elaunnya sebagai ahli lembaga pengarah syarikat kami," kata Tan Sri Hassan.

Pn Norlia tersenyum. "Abang Rahim pernah cakap pada saya, dia taknak terhutang budi pada abang Ha dengan Kak Maria. Sebab tu, dia tak pernah guna duit tu. Dia kata dia tak layak untuk dapat semua tu."

Tan Sri Hassan ketawa apabila mendengar kata-kata Pn Norlia itu. "Tak layak? Dia memang sengaja. Dia dah tolong banyak dalam syarikat tu. Dia yang bagi idea sampai syarikat tu jadi terkenal. Dia penyumbang utama dalam memajukan syarikat tu."

"Abang Ha dengan Kak Maria dah banyak tolong kami masa kami susah dulu. Jadi, dia taknak menyusahkan abang dengan akak," kata Pn Norlia.

Puan Sri Maria tersenyum. "Rahim tu pandai orangnya. Dia bijak dan dia sememangnya layak untuk dapatkan semua tu," kata Puan Sri Maria.

Pn Norlia tersenyum hambar. Suaminya itu sememangnya seorang yang bijak dan baik hati. Dia sememangnya rindukan arwah suaminya.

"Asyik bercakap pasal arwah je, buatkan suasana sedih pula. Lupa pula nak jemput semua makan," kata Pn Norlia.

"Jemput makan, semua. Ada lemang, ketupat, rending. Silalah jamah," jemput Pn Norlia.

"Kak Maria boleh makan pedas?" tanya Pn Norlia.

Puan Sri Maria tersenyum. "Tentulah. Akak paling sukakan rendang dengan ketupat. Kat Belgium, takde semua ni."

Pn Norlia tersenyum. "Akak still balik ke Belgium?"

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now