Chapter 27

4.5K 179 2
                                    

Umairah melangkah ke taman bunga yang ada di banglo milik Tan Sri Hassan itu. Sudah seminggu dia berada di banglo itu selepas Adam membawanya pulang ke kampungnya.

Dia terpaksa menumpang banglo itu kerana rumah sewanya sedang dibaikpulih setelah dipecah masuk minggu lepas ketika dia pulang daripada kampung. Nasib baik rakannya, Najihah turut tiada di rumah. Jika tidak, tak tahulah apa yang akan berlaku pada rakannya itu.

Adam yang mencadangkannya supaya menumpang di banglo itu supaya senang Umairah untuk berulang-alik ke hospitalnya untuk menjalani praktikal. Lagipun, Umairah boleh pergi ke hospital itu bersama-sama dengan Adam sekiranya Adam pulang bermalam di rumah itu.

Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria turut bersetuju dengan cadangan Adam itu. Lagipun, hanya sesekali sahaja Adam pulang ke banglo itu. Adam lebih suka tinggal di penthousenya.

Umairah duduk di kerusi yang menghadap air terjun mini itu. Dia hanya memerhati sahaja sekeliling kawasan itu. Kelihatan Pak Hamid sedang merapikan pokok bunga yang ada di taman itu. Banglo itu mempunyai 3 orang pembantu rumah dan seorang pekebun. Umairah amat menyenangi semua pekerja-pekerja banglo itu. Mereka semuanya ramah.

"Buat apa kat sini?" soal Adam, tiba-tiba. Dia melangkah ke arah Umairah.

Umairah berkalih memandang Adam. Kelihatan Adam segak berpakaian baju sukan berjalan ke arahnya.

"Baru balik dari jogging?" soal Umairah.

Adam mengangguk. Dia mengambil tempat di sebelah Umairah.

"Papa dengan mama mana?" soal Adam.

"Diorang ada hal kat luar rasanya. Lepas sarapan tadi, diorang terus keluar. Petang nanti baru balik," jawab Umairah.

"Pastu, awak tinggal sorang-sorang la?"

Umairah senyum. "La, bukan saya sorang je ada kat rumah ni. Mak Mah, Kak Aida dengan Kak Kiah pun ada la. Tu sana tu..," Umairah menunjuk ke arah Pak Hamid, "Pak Hamid pun ada."

Adam ketawa. Dia tahu Umairah sengaja mengusiknya. "Ada-ada je awak ni kan."

Umairah sengih.

"Still having nightmere?" soal Adam, tiba-tiba.

Senyuman Umairah terhenti. Dia memandang Adam.

"You are having nightmare because of that incident right?" soal Adam.

"Macam mana awak tahu?" soal Umairah.

Adam senyum. "I'm a doctor. Saya tahu apa yang awak lalui," kata Adam.

"Awak bukan psychiatrist. Bukannya tahu tentang ni," kata Umairah.

"Tapi, saya tetap doctor. Saya dah biasa tengok pesakit-pesakit macam awak ni. Nasib baik awak tak teruk macam yang pesakit-pesakit yang saya pernah tengok," ujar Adam.

"So, do you still have nightmare?" soal Adam.

Umairah mengeluh. "Sometimes, Tapi, saya okay. Saya just terkejut. Nanti lama-lama saya okaylah," kata Umairah.

Adam mengangguk. "Kalau awak terbangun tengah-tengah malam and need someone to accompany you, awak boleh call saya. Saya free," cadang Adam.

Umairah memandang Adam, inginkan kepastian. Adam hanya mengangguk mengiakan apa yang ada di fikiran Umairah itu.

Umairah terus mengangguk kepalanya bersetuju dengan cadangan Adam itu.

"Kael?" panggil Umairah.

"Hmm.."

"Boleh tak saya nak minta awak jangan beritahu pada mak saya pasal apa yang jadi ni?" pinta Umairah.

Adam pandang Umairah. Dia mengeluh. "Kenapa?" soal Adam.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now