Chapter 20

5K 229 0
                                    

Umairah membaca nota-notanya yang berwarna-warni. Dua hari lagi dia mempunyai peperiksaan. Dia mengangkat kepalanya daripada nota yang dibacanya apabila merasakan lehernya lenguh. Dia melihat sekelilingnya.

Perpustakaan itu penuh dengan para pelajar yang sedang tekun membaca nota-nota mereka. Umairah tersenyum. Dia tahu hanya musim peperiksaan sahaja perpustakaan itu penuh dengan pelajar. Maklumlah, perpustakaan merupakan tempat yang sesuai untuk belajar.

Umairah memandang rakan-rakannya yang sedang khusyuk membaca itu.

"Korang nak buka puasa kat mana hari ni?" soal Umairah, perlahan.

Rakan-rakannya terus mengangkat kepala daripada nota-nota mereka.

Husna membetulkan cermin matanya. "Kau nak join kitorang ke?" soal Husna.

Umairah mengangguk. "Naji takde kat rumah hari ni. Dia buka puasa dengan pakwe dia," kata Umairah sambil tersengih.

"Kitorang janji dengan roommate kitorang, Aisya dengan Farhah. Kalau kau nak join kitorang, boleh la," jawab Najwa.

"Korang nak buka puasa kat mana?"

"Maybe kat luar kot. Kat medan selera depan uni tu," jawab Najwa.

Umairah mengangguk. Dia ingin membalas kata-kata Najwa namun tidak jadi apabila telefonnya bergetar menandakan panggilan masuk.

Dia memandang sekilas skrin telefonnya. Dia terkedu apabila melihat nama pemanggil itu.

Umairah segera meminta diri daripada situ kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi orang lain. Dia segera menuju ke arah tangga perpustakaan itu sambil menjawab panggilan tersebut.

"Hello, assalamualaikum," ucap Umairah, perlahan.

"Waalaikumussalam. Hana ada kat mana sekarang ni?" soal Adam.

"Kat library UKM. Kenapa?" soal Umairah.

"Lama lagi ke?"

Dahi Umairah berkerut.

"Lama apanya?"

"Lama lagi ke Hana kat situ?" soal Adam. Bibirnya tersenyum lebar apabila mendengar soalan daripada Umairah itu.

"Kenapa awak tanya?"

"Mama dengan Lily nak ajak awak berbuka puasa sekali dengan kitorang. Hana free ke?" soal Adam sambil menjelaskan maksudnya.

"Auntie Maria dengan Lily ada kat Malaysia ke? Awak pun ada kat sini jugak ke?" soal Umairah.

Dia tahu tentang Adam yang sudah lama berada di Belgium. Kiki ada beritahu kepadanya tentang Adam sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Sudah sebulan Adam berada di Belgium. Selepas dia meminta cuti daripada Adam, Adam terus menghilangkan dirinya. Begitu juga dengan keluarganya. Mereka semua berada di Belgium menurut kata Kiki.

Adam ketawa. "Kenapa? Tak percaya ke?"

"Taklah. Bukan awak ada kat Belgium ke? Kiki kata awak akan balik masa raya nanti," kata Umairah.

Adam senyum. "Saya rindukan awak. Sebab tu saya balik ke sini," seloroh Adam.

Umairah mencebik. "Konon rindu. Kalau rindu, kenapa tak call or mesej saya?" sindir Umairah.

Adam ketawa.

"Lily dengan Auntie Maria ada kat mana?" soal Umairah tanpa mempedulikan ketawa Adam itu.

"Kami semua baru je arrived. Still at KLIA2. Kalau Hana sudi nak buka puasa dengan kami semua, saya nak pergi jemput awak kat UKM ni," kata Adam.

Umairah segera bersetuju. "Okay, tapi, awak tak perlulah jemput saya. Saya boleh pergi sendiri. Kita nak buka puasa kat mana?" soal Umairah.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now