Chapter 37

4.4K 172 0
                                    

"Kenapa kakak kamu tak sedar lagi, Mir, Mira?" soal Pn Norlia sambil memandang ke arah wajah pucat anak gadisnya itu.

Amira mengusap-usap bahu ibunya. "Jangan risau, mak. Kak Mai kuat. Dia takkan mengalah. Mak kena percaya dengan kak Mai," pujuk Amira.

"Betul kata Mira tu, mak. Lagipun, akak dah stabil. Dia sedar sekejap, kemudian barulah diorang pindahkan akak ke bilik ni. Kalau tak, akak mesti ada di ICU lagi," pujuk Amir, lembut, mengharapkan ibunya itu kuat.

Adam yang turut berada di bilik VVIP itu segera mendekati Pn Norlia.

"Maafkan saya, auntie. Saya tak tunaikan janji saya untuk protect dia," ucap Adam, perlahan. Dia turut memandang Umairah yang sedang terbaring lemah.

Umairah baru sahaja dipindahkan daripada wad ICU ke wad VVIP itu setelah keadaannya stabil. Walaupun keadaannya stabil, Umairah masih lagi tidak sedarkan diri. Hari ini sudah masuk hari ketiga dia tidak sedarkan diri.

Pn Norlia tersenyum hambar. "Takpe, Kael. Auntie tak salahkan Kael dalam hal ini. Benda dah nak jadi, Kael. Tak boleh elak."

"Tapi, kalau saya tak halang dia daripada balik ke Malaysia pada hari kejadian, dia takkan ditimpa musibah ni," kata Adam.

"Bro, relaks. Mir dengan family Mir tak pernah salahkan abang Kael pun. Lagipun, abang Kael sendiri yang pergi selamatkan kak Mai kan? So, it's even. You saved her, bro. Itu yang lebih penting," kata Amir, menepuk bahu Adam.

"Betul kata Mir tu. Abang Kael dah buat macam-macam untuk selamatkan kak Mai. Kalau kak Mai dengar pun, mesti dia berterima kasih dengan abang," kata Amira.

Adam tersenyum hambar.

"Kael pergilah balik. Pergi rehat-rehatkan badan tu. Selama tiga hari Maira tak sedar ni, Kael selalu ada kat sini. Pergi balik dan rehat," kata Pn Norlia.

"Tapi,"

"No but, your highness. Abang kan prince negara ni? Abang ada tanggungjawab lain selain berada di sini. Mir taknak, kerana kak Mai, abang sanggup abaikan tanggungjawab abang yang lain. So, listen to mak and go to rest," kata Amir, separuh bergurau.

Adam mengeluh.

"If anything happen, Mir akan call abang. Kalau bukan Mir pun, pihak hospital akan call abang kan?" kata Amir.

Adam mengangguk.

"Fine. Abang balik ke istana dulu. Kalau perlukan apa-apa, beritahu pada nurse. Dia akan ikut arahan korang. El, mama dengan atuk Su akan datang waktu lunch nanti. Kalau ada apa-apa, cepat-cepat call abang," kata Adam, memberi pesanan bertubi-tubi.

Amir mengangguk. "Jangan risau, abang. Mir akan call abang if anything happen," kata Amir sekali lagi.

Adam mengangguk. Dia bingkas bangun daripada kerusi yang didudukinya itu.

"Auntie, saya balik dulu. Assalamualaikum," ucap Adam.

Pn Norlia mengangguk. Dia memandang kelibat Adam yang menghilang di sebalik pintu hospital itu.

"Abang Kael sayang betul dengan kak Mai kan?" ucap Amira.

Pn Norlia tersenyum hambar.

"Kalau abang Kael jadi menantu mak, mak terima?" tanya Amira lagi.

"Abang Kael orang penting. Takkan dia nak jadikan kak Mai as his wife? Dia ada pangkat kat sini. Mira nak ke kak Mai suffer?" soal Amir pula.

"La, Mira tanya je. Salah ke?"

"Tak salah soalan Mira tu. Tapi, kita kena sedar, Mira. Kita orang biasa je. Takkan la keluarga abang Kael terima kak Mai bulat-bulat macam tu je," kata Amir.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now