"Kau pergi cari tempat dulu. Aku nak pergi beli air sekejap. Kau nak air apa?" soal Kiki aka Syakirah.
Umairah mengangguk. "Mango juice," jawab Umairah.
Umairah memandang sekeliling cafeteria itu. Agak ramai juga orang yang berada di cafeteria itu. Mujurlah cafeteria itu sememangnya dikhaskan untuk pekerja-pekerja hospital itu. Dia terus melangkah ke salah satu meja yang kosong itu sambil memegang dulang makanannya. Dia terus duduk di kerusi kosong itu.
Sudah dua bulan dia bekerja separuh masa di hospital itu. Kiki sering menemaninya ke mana-mana sahaja sekiranya dia mempunyai masa lapang. Dia tersenyum mengingatkan sikap Kiki yang sempoi itu. Kadang-kadang, makan tengah hari mereka turut disertai suami Kiki, Dr. Faris.
"Senyum-senyum sorang ni, teringat kat siapa la tu?" sergah Kiki sambil mengambil tempat di hadapan Umairah..
Umairah memandang Kiki. Dia tergeleng-geleng melihat telatah Kiki itu. "Tak teringat kat sesiapapun la," kata Umairah.
Kiki senyum mengusik. "Yelah tu. Ke teringatkan kat buah hati yang ada kat Belgium sana tu?"
Umairah terus menggelengkan kepalanya. "Takdelah. Buat apa teringatkan pada dia," kata Umairah.
Kiki ingin mengusik Umairah namun tidak jadi apabila tempat di sebelahnya diduduki oleh Faris.
"Abang," sapa Kiki.
Faris senyum.
"Abang dari mana ni?" soal Kiki.
"Dari medical conference pasal pesakit jantung dan otak tu," kata Faris.
Kiki mengangguk. "Abang nak makan ke? Saya boleh pergi ambilkan," kata Kiki.
Faris menggeleng. "Jom keluar, sayang. Dah lama abang tak lunch sama-sama dengan Kiki," ajak Faris.
Kiki memandang Faris kemudian ke arah Umairah.
"Pergilah. Aku dah biasa makan sorang-sorang," kata Umairah.
Kiki tersengih lalu terus bangun daripada kerusinya. "Thanks, Maira. Kaulah kawan aku yang sejati dunia akhirat," kata Kiki.
Umairah ketawa. "Masa ni jelah, kau ingat aku kawan kau. Masa lain tak ingat?" usik Umairah.
Kiki tersengih.
"Dah, pergilah. Nanti habis pula waktu lunch," kata Umairah.
"Makanan ni?" soal Kiki sambil memandang ke arah makanan yang masih tak terusik lagi itu.
"Kau tinggal je kat situ. Nanti aku bungkuskan. Dah, pergilah. Tak baik biarkan suami kau tunggu kau," kata Umairah.
Kiki ketawa. "Yelah, yelah. Aku pergi lah ni," ucap Kiki sambil berlalu daripada meja itu bersama-sama dengan suaminya yang tercinta itu.
Umairah hanya memerhati sahaja kelibat rakannya itu menghilang di sebalik pintu cafeteria itu.
Umairah mula menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dia langsung tidak mempedulikan keriuhan cafeteria itu. Otaknya ligat memikirkan beberapa perkara yang penting.
Tiba-tiba cafeteria itu sunyi seketika. Umairah segera mengangkat kepalanya apabila merasakan tempat duduk di hadapannya diduduki oleh seseorang.
Mata Umairah terbeliak. Dia tersedak.
Adam segera menghulur air yang ada di atas meja itu. Umairah terus minum tanpa mempedulikan semua staf hospital yang ada di situ terpegun melihat mereka.
"See, what you have done to her, abang Kael?" ucap Lily sambil mengambil tempat di sebelah Umairah. Dia mengusap-usap belakang Umairah.
"What are you doing here, Kael? Lily?" soal Umairah setelah dia sudah bertenang.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...