Chapter 11

5.4K 204 10
                                    


Setelah Syakirah dan Umairah keluar daripada bilik itu, Adam mengambil tempat di sebelah katil Tunku Abdullah itu.

"Atuk, Kael maybe takde sebulan dua ni di Malaysia," beritahu Adam.

Tunku Abdullah memandang Adam. "Kael ada mission ke?" soal Tunku Abdullah.

Bukan dia tak tahu akan aktiviti kesukarelawan cucu saudaranya itu. Adam terlalu gemarkan aktiviti itu sehinggakan almarhum kandanya, Tunku Amina meminta Adam mengurangkan aktivitinya itu. Kandanya sering menyuruh Adam supaya pulang ke Malaysia untuk menemani Tunku Abdullah.

Adam senyum. Dia mengangguk.

"Kat mana?" soal Tunku Abdullah.

"Syria. And then, maybe Kael akan ke Africa sekejap," kata Adam.

"Lama ke?" soal Tunku Abdullah.

Adam menggeleng.

"Then, kenapa sampai sebulan dua Kael takde di Malaysia?" soal Tunku Abdullah.

Adam senyum. "Mission tu tak lama. Just seminggu kat Syria, and 2 minggu kat Africa. Selebihnya, Kael balik ke Belgium."

"Belgium?"

Adam mengangguk.

"Kenapa?"

Adam senyum.

"Do you have problems in Belgium?" soal Tunku Abdullah.

Adam senyum lagi. Dia tidak menjawab pertanyaan Tunku Abdullah.

"So, Kael maybe takde kat sini untuk teman atuk. Sebab tu, Kael bawa Hana ke sini, temankan atuk," kata Adam, mengelak daripada menjawab pertanyaan Tunku Abdullah.

"Kael," panggil Tunku Abdullah.

"Hmm," jawab Adam.

"Answer my question, Kael. Ada masalah ke kat Belgium tu?" soal Tunku Abdullah.

Adam senyum hambar.

"Mama dengan papa kata mereka boleh selesaikan masalah di sana. Tapi, Kael tahu, this thing is not easy to solve. It's involve many people and I don't think I can run away from all of these things," kata Adam, perlahan.

"Mereka terlalu mendesak ke?" soal Tunku Abdullah perlahan.

Adam tidak menjawab.

Tunku Abdullah mengeluh. "I know it is not easy for you to avoid all of these things. But, if the situation is too suffocating for you, you can always come home, come back to Malaysia."

Adam memandang Tunku Abdullah. Dia senyum apabila mendengar kata-kata Tunku Abdullah itu. Dia menggelengkan kepalanya.

"Atuk tahu bukan tentang status Kael? Tentang status keluarga kami di Belgium? How can I just come here and left all these things behind? The things in Malaysia and things in Belgium, both of them are important to me. And I don't want to leave them behind," kata Adam, perlahan.

Tunku Abdullah memandang Adam. "I know it's hard. But, be patient. And everything will be better."

Adam senyum. Dia mengangguk. "And sebab tulah, Kael kena balik ke Belgium. Selesaikan semua yang ada di sana."

"Apa yang sebenarnya berlaku di Belgium?" soal Tunku Abdullah.

"My uncle wants me to inherit his position. He wants me to replace him," ucap Adam, perlahan.

Tunku Abdullah memandang Adam. "What do you mean? He wants you to be a Ki..,"

"Yes, atuk," pintas Adam, tidak memberi peluang untuk Tunku Abdullah menyambungkan kata-katanya.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now