Chapter 23

4.4K 186 2
                                    

"Ini Amir. Yang perempuan tu, adiknya, Amira," perkenal Pn Norlia.

Tunku Abdullah menganggukkan kepalanya.

"Mata diorang sama macam arwah," kata Tunku Abdullah.

Pn Norlia tersenyum. Dia mengangguk, bersetuju dengan kata-kata Tunku Abdullah itu.

Amir bersalaman dengan Tunku Abdullah dan Tan Sri Hassan. Manakala, Amira bersalaman dengan Puan Sri Maria, sebelum mengambil tempat di sebelah ibunya.

"Diorang SPM kan tahun ni?" soal Tan Sri Hassan.

Pn Norlia mengangguk.

Tan Sri Hassan memandang Amir, kemudian Amira. "So, apa rancangan after SPM? Nak sambung belajar bidang apa?"

Amir tersengih. "Tak tahu lagi. Tapi, Amir minat bidang perniagaan. Maybe nak sambung dalam business kot," jawab Amir.

Tan Sri Hassan tersenyum. "Macam arwah ayah kamu. Dia pun ambil bidang tu dulu masa di universiti dulu."

"Amira pula?"

"Engineering kot. Maybe further dalam chemical engineering," jawab Amira.

Tan Sri Hassan terangguk-angguk.

"Nak sambung study luar negara tak?" soal Tunku Abdullah tiba-tiba.

Amir dan Amira memandang ibu dan kakaknya itu. Mereka tidak menjawab pertanyaan Tunku Abdullah.

"Kalau Amir dengan Amira nak, atuk boleh biaya kamu berdua belajar ke luar negara. Kat university yang sama dengan ayah kamu belajar. Kat UK. Nak?" soal Tunku Abdullah, lembut.

Amir dan Amira terkelu. Mereka tidak tahu jawapan terbaik untuk diberikan kepada Tunku Abdullah.

Amir memandang Amira. Kemudian, ke arah kakak sulungnya itu.

"Atuk, Maira rasa tak elok kalau kami terima bantuan daripada atuk. Dah banyak sangat atuk tolong kami sekeluarga. Sama juga dengan auntie dengan uncle. Maira taknak terhutang budi pada atuk, pada auntie dengan uncle," kata Umairah.

Lily memegang bahu Umairah. "Atuk su cuma nak tolong Maira je. Lagipun, Maira, biarkan mereka dapat pendidikan yang terbaik. I think your sister and brother are intelligent. They can get any scholarship if Atuk su don't support them," kata Lily.

Umairah memandang ibunya. Pn Norlia tersenyum.

"Takpe, Maira. Kehidupan mereka, biar mereka tentukan. Kalau mereka mahu sambung pelajaran di luar negara, mak tak kisah. Mereka pandai jaga diri mereka," kata Pn Norlia.

Umairah mengeluh.

"Kalau itu kata mak, Maira ikut je," Umairah memandang adik-adiknya. "So sekarang ni, terpulang pada Amir dengan Amira. Sama ada nak terima ataupun tak tawaran atuk tu," kata Umairah.

Amir dengan Amira berpandangan.

"Sebelum, Amir bagi keputusan, boleh Amir tahu siapa atuk ni? Kenapa tiba-tiba baik dengan keluarga kami?" tanya Amir, sambil memandang ke arah Tunku Abdullah.

Tunku Abdullah tersenyum. "Atuk kenal arwah ayah kamu. Dan atuk pasti, dia mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya."

"Atuk ni bukan ayah kandung kepada arwah ayah?" soal Amir.

Tunku Abdullah terkelu. Dia tidak memberi jawapan kepada soalan Amir.

"Amir, tak baik tanya macam tu pada Tunku," tegur Pn Norlia.

Amir memandang ibunya. "Amir hanya tanya. So, atuk ni kerabat diraja?"

Umairah memandang Pn Norlia yang serba salah. Kemudian, dia memandang Tunku Abdullah. Dia tahu ibunya menyorokkan sesuatu. Namun, dia tidak bertanya lebih lanjut.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now