Chapter 3

7.3K 274 0
                                    

Umairah duduk di hadapan sepasang suami isteri yang berumur dalam penghujung 50-an itu. Sesekali dia mengerling ke arah Adam dan seorang gadis yang mirip seperti minah saleh itu.

"Kamu Umairah? Anak Rahim?" soal Tan Sri Hassan.

Umairah menganggukkan kepalanya.

Kepala Tan Sri Hassan terangguk-angguk.

"Tan Sri,"

"Tak perlu formal dengan kami sekeluarga. Panggil je uncle Ha. Ni auntie Maria. Yang tu pula Lily, anak perempuan uncle," perkenal Tan Sri Hassan.

Puan Sri Maria tersenyum. "Betul kata uncle Ha. Don't be formal, Maira," ucap Puan Sri Maria dalam loghatnya. Maklumlah, Puan Sri Maria berasal daripada Belanda. Khabar angin mengatakan Puan Sri Maria merupakan salah seorang ahli keluarga diraja Belanda.

Umairah hanya mengangguk kepalanya. Lily yang sebelum ini duduk di sebelah Adam berpindah tempat di sebelah Umairah. Dia segera memegang tangan Umairah.

"I really want to meet you, Maira. I have never thought that we could be meet," ucap Lily.

"Lily, cakap in Malay, please. Kita sekarang ni ada di Malaysia," tegur Tan Sri Hassan.

Lily memuncungkan mulutnya. "I know, papa. But, El rasa susah untuk bercakap dalam bahasa melayu."

"Kita sekarang ni berada di Malaysia, El. Not in Belgium," kata Tan Sri Hassan.

"Baik, papa."

Tan Sri Hassan tersenyum.

Umairah hanya memerhati sahaja perbualan mereka semua.

"Berapa lama Mama akan berada di Malaysia? His Highness didn't say anything?" soal Adam tiba-tiba mencelah.

Puan Sri Maria hanya tersenyum. "Agak lama. Mama dapat permission daripada His Highness untuk ke sini. Mama mahu berada di sini. Bukan di Belgium," beritahu Puan Sri Maria.

Dahi Umairah berkerut-kerut, mendengar kata-kata Puan Sri Maria dan Adam itu.

"Maaf Maira. Auntie kamu baru sahaja sampai di Malaysia pagi tadi daripada Belgium. Keluarganya di sana baharu memperkenankannya untuk kembali ke Malaysia bersama-sama dengan El," ucap Tan Sri Hassan.

Perlahan-lahan Umairah menganggukkan kepalanya.

Adam tersenyum.

"You still early to know about our identity, Hana. Don't worry about that. Kami semua tidak kisahkan tentang semua itu," ucap Adam apabila melihat wajah Umairah yang agak keliru dengan kata-kata Tan Sri Hassan itu.

Umairah memandang mereka bertiga. Dia dapat melihat dengan jelas wajah ikhlas mereka bertiga.

Umairah mengeluh.

Dia memandang Tan Sri Hassan. "Kenapa uncle masukkan duit ke akaun mak setiap bulan? Kenapa uncle buat macam tu?" soal Umairah, terus terang, tanpa berdolak-dalik.

Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria berpandangan sesame mereka.

Tan Sri Hassan bersuara apabila melihat isyarat yang diberikan oleh Puan Sri Maria itu.

"Kenapa Maira ambil study leave? Tak cukup ke duit yang uncle masukkan tiap-tiap bulan sampai Maira kena ambil cuti pastu kerja?" soal Tan Sri Hassan tanpa menjawab pertanyaan Umairah itu.

Umairah memandang Tan Sri Hassan. "Maira datang sini bukan untuk menjawab pertanyaan daripada uncle. Tujuan Maira ikut anak uncle ke sini sebab Maira nak uncle jawab persoalan yang ada dalam kepala Maira ni," ucap Umairah.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now