Chapter 10

5.7K 218 2
                                    


Mata Umairah membesar apabila melihat tanda nama yang terpampang di pintu wad VVIP itu.

Tunku Abdullah Hussin Ibni Almarhum Tengku Temenggong Ahmad Shah

Umairah segera menarik lengan Adam itu.

"Are you kidding me?! He is someone yang ada pangkat, right?"

Adam tersenyum. "Yup. And he is the one that you need to take care for," beritahu Adam.

"What?!"

Adam ketawa apabila melihat reaksi Umairah itu.

"Don't worry. He's kind. He is my..hmm..what did you call it? Ahh, datuk saudara saya. Saya kenal dia. So, no need to worry," ucap Adam.

Belum sempat Umairah bersuara, Adam terlebih dahulu mengetuk pintu bilik itu.

Umairah menarik nafasnya. Dia menghembus nafasnya keras.

"Come in," ucap satu suara daripada dalam bilik itu.

Adam memandang Umairah. "Are you ready?"

"Kalau saya tak ready pun, apa yang awak boleh buat? Kita dah ada depan bilik ni pun," jawab Umairah, geram.

Adam ketawa kecil. Dia tidak membalas kata-kata Umairah itu.

Dia segera membuka pintu bilik itu sambil melangkah masuk.

"Assalamualaikum, Atuk su," ucap Adam.

Tunku Abdullah yang sedang membaca sesuatu di dokumen itu mengangkat kepalanya. Dia memandang Adam. Dia tersenyum. Tunku Abdullah menjawab salam Adam.

"Atuk dengar kamu kemalangan tadi. Kamu okay ke?" soal Tunku Abdullah.

Adam menganggukkan kepalanya. Dia bersandar di dinding putih wad itu sambil berpeluk tubuh.

"Bukan saya yang kemalangan tadi, atuk. Saya just tolong mangsa kemalangan. Atuk dengar daripada siapa?"

"Jururawat yang datang tadi waktu ambil temperature atuk," jawab Tunku Abdullah. Dia kembali menundukkan kepalanya, membaca dokumennya.

Adam tergeleng-geleng melihat atuk saudaranya. "Atuk, didn't I told you last week, that all the works are banned from you?"

Tunku Abdullah ketawa. "No, Kael. Benda ni penting, melibatkan masa depan Johor."

Adam mengeluh. "Kesihatan atuk lagi penting. Perkara ni yang buatkan Kael nak banned semua officials daripada melawat atuk ni," ucap Adam, agak tegas.

Tunku Abdullah hanya ketawa. Dia hanya membiarkan kata-kata Adam berlalu begitu sahaja.

Adam mengeluh.

"Atuk, Kael ada bawa seseorang untuk teman atuk kat sini. Keluarga atuk jauh di Johor. Jadi, Kael rasa better ada orang yang boleh temankan atuk kat hospital ni," kata Adam.

"Eh, tak payah susah-susah, Kael. Atuk tak kisah pun sorang-sorang kat sini. Lagipun, setiap hari ada orang yang teman atuk kat sini. So, atuk tak perlukan sesiapapun kat sini," kata Tunku Abdullah.

Adam menggelengkan kepala. Dia kasihan melihat atuk saudaranya itu. Dia sudah tidak mempunyai sesiapa. Isteri dan anak tunggalnya telah meninggal dunia. Yang selalu menemani Tunku Abdullah hanya keluarga Adam sahaja.

"Hana," panggil Adam.

Umairah tersedar daripada rasa terkejutnya terus melangkah masuk ke dalam bilik VVIP itu apabila mendengar panggilan Adam.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now