Chapter 18

4.6K 207 0
                                    

TUK! TUK!

"Masuk," arah Adam tanpa mengangkat kepalanya daripada dokumen yang dibacanya itu.

Umairah masuk ke dalam bilik itu. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan Adam memandangkan Adam sibuk dengan urusan sukarelawannnya dan juga dia sering berulang-alik ke Belgium. Kali terakhir dia berjumpa dengan Adam dua minggu lepas, sewaktu keretanya rosak itu.

"Are you free now?" soal Umairah, teragak-agak apabila melihat Adam yang sedang sibuk membaca dokumen itu.

Adam mengangkat kepalanya. Dia menanggalkan cermin matanya. Dia bersandar di kerusi empuknya itu.

"Kenapa?" soal Adam.

"Saya nak minta something pada awak," kata Umairah.

Adam mengerutkan dahinya. "Something?"

"Kael, boleh tak saya ambil cuti untuk 2 minggu? Start hujung bulan ni?" soal Umairah.

Adam tersenyum apabila mendengar kata-kata Umairah itu.

"Ingatkan perkara apa yang serius sangat tu," kata Adam.

"Kenapa nak ambil cuti? Ada something ke yang berlaku?" soal Adam.

Umairah tersengih. "I have exam in next 2 weeks. So, cuti saya diluluskan?"

"Exam? Pastu, bila awak study? Ada masa ke awak nak study?" soal Adam, tiba-tiba risau apabila mendengar kata-kata Umairah itu.

Umairah ketawa. "Don't worry. Saya pandai bahagikan masa."

Adam tersenyum. "So, after ni, Hana cuti sem la?" soal Adam.

Umairah menganggukkan kepalanya.

"Tak balik kampong ke?" soal Adam.

"Tak. Kan saya kerja?" kata Umairah.

Adam tersenyum. "You can take leave for 1 months. Lagipun, awak akan start intern awak bulan 7 ni kan? Awak boleh masuk kerja balik bulan 7 ni," kata Adam.

"Tu bukan sebulan tu. Awak bagi saya sebulan setengah cuti tu," kata Umairah.

Adam tersengih.

"La, awak taknak ke?"

Umairah segera menggeleng. "Eh, nak, nak. Siapa kata saya taknak?"

Adam tersenyum. "Boleh la awak balik beraya awal di kampong awak," kata Adam.

Umairah mengangguk. "Memang niat saya pun. Buat apa stay kat sini if saya takde kerja nak buat," kata Umairah.

Adam mengangguk. Dia kembali menghadap dokumen yang masih terbuka di hadapannya itu.

"So, how's your study? Okay? Nak saya tolong apa-apa ke?" soal Adam, tanpa mengangkat kepalanya.

Umairah tersenyum. "Alhamdullillah. Everything is fine."

"Okay la kalau macam tu. Tapi, if you have any problem or anything that you need my help, you can ask for it," kata Adam.

Umairah mengangguk. Dia tahu kata-kata Adam itu ikhlas. Selama 3 bulan dia berkenalan dengan Adam, dia tahu Adam sememangnya seorang yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan.

Kadang-kadang dia berasa takut dengan kebaikan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Adam itu. Dia takut sekiranya dia jatuh cinta dengan Adam. Dia sedar akan siapa dirinya jika mahu dibandingkan dengan Adam yang mempunyai status tinggi dalam masyarakat.

Adam mengangkat kepalanya apabila Umairah senyap membisu.

"Hana? Are you okay?" lembut Adam bertanya.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now