Chapter 16

4.9K 188 1
                                    

Adam memberhentikan keretanya di hadapan perpustakaan UKM itu. Dia memandang Umairah yang sedang berpeluk tubuh. Wajahnya menunjukkan ketidakpuas hatinya terhadap Adam.

Adam senyum. Dia tahu Umairah masih geram dengan tindakannya yang mahu menghantarnya ke UKM itu.

"We are here," kata Adam.

Umairah memandang Adam. "Ya, saya tahu. Saya ada mata, boleh tengok depan mata saya ni."

Adam ketawa.

"Ugh," Umairah memandang Adam.

"Awak ni memang suka ketawakan saya kan?"

"Dah awak suka buat saya ketawa, Hana. Takkan la saya nak menangis."

"Awak ni memang la..,"

"Memang apa?"

"Ugh," ucap Umairah geram dengan Adam.

"Saya just state the truth, Hana. Lagipun, saya suka awak. Tak salah kalau saya bergurau dengan awak," kata Adam.

THUMP! Hati Umairah berdegup kencang apabila mendengar perkataan suka daripada mulut Adam itu. 'Please, hati. Jangan jatuh hati dengan dia' bisik hati Umairah.

"You know, saya rasa better saya ambil awak petang ni. Awak tinggal kat rumah saya je la," kata Adam.

Umairah membeliakkan matanya. Umairah segera menggelengkan kepalanya.

"No, Kael."

"Kenapa?"

"We don't have halal relationship. Kita takde hubungan yang sah," kata Umairah.

Adam senyum. "Mama dengan papa ada kat rumah tu. Mak Limah pun ada sekali. Bukan kita je yang ada kat dalam rumah tu," kata Adam.

"Tapi, tak elok sekiranya saya tinggal kat rumah awak. Saya taknak orang kata macam-macam pada saya," kata Umairah.

"I know, Hana. I'm just giving suggestion. If you don't want, it is up to you," kata Adam, lembut.

"I'm sorry, Kael. Tapi, saya memang kena tolak suggestion awak. Awak dan keluarga awak dah banyak tolong saya. So, saya tak boleh terhutang budi lagi pada awak," ucap Umairah.

Dahi Adam berkerut. "Saya tak pernah mengungkit pasal pertolongan saya. Saya memang ikhlas nak tolong awak."

Umairah senyum. "Saya tahu, tapi saya tak boleh selama-lamanya bergantung pada awak sekeluarga. Awak pun ada kehidupan awak sendiri. Saya taknak nanti awak terlalu focus pada saya sehinggakan kehidupan awak sendiri terabai."

"Siapa kata hidup saya terabai?"

"Saya tak cakap hidup awak terabai. Nanti, satu hari nanti awak akan berkahwin. Awak akan ada keluarga sendiri. Takkan selama-lamanya awak nak jaga saya, jaga family saya kan?" kata Umairah sambil tersenyum ikhlas.

Hati Adam terasa sakit apabila mendengar kata-kata daripada Umairah itu. Dia memandang Umairah yang sedang tersenyum manis itu.

"Saya nak awak gembira. Saya bersyukur sangat-sangat dengan pertolongan awak. Tapi, awak kena tahu, satu hari nanti saya pun akan berkeluarga. Awak sendiri pun akan berkahwin. So, saya rasa tak salah kalau kita jarakkan sedikit hubungan kita," kata Umairah, perlahan.

Adam mengetap giginya. Dia tahu apa yang diperkatakan oleh Umairah itu ada betulnya. Namun, dia senang dengan hubungan mereka berdua itu.

"Saya anggap awak sebagai adik saya. Kalau satu hari nanti saya kahwin, isteri saya tu mesti terima awak. As my sister. Macam El," kata Adam, lembut.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now