Chapter 19

4.7K 201 0
                                    

"Atuk, boleh Maira tanya something tak?" soal Umairah.

Tunku Abdullah yang sedang membaca dokumen itu segera mengangkat wajahnya. Dia memandang Umairah yang sedang memotong buah epal untuknya.

"Tanyalah. Kalau atuk boleh jawab, atuk jawab," kata Tunku Abdullah.

Umairah tersenyum."It's nothing serious, atuk. Maira just tertanya-tanya kenapa sejak kebelakangan ni Kael selalu pergi ke Belgium. Kael pun dah tak selalu datang ke hospital dah. Atuk tahu tak sebabnya?" soal Umairah.

Tunku Abdullah tersenyum.

"Kenapa Maira tanya? Maira risaukan Kael?"

Umairah segera menggeleng. "Tak la. Maira just curious. Dalam masa sebulan ni, tiap-tiap hujung minggu, Kael akan ke Belgium. Auntie Maria pun dah tak balik ke Malaysia dah. Diorang ada masalah ke?" kata Umairah.

Tunku Abdullah menggeleng. "Maira tak perlu risau. Kalaupun mereka mempunyai masalah, mereka pasti akan cari jalan penyelesaian. Lagipun, Kael tu orangnya bijak."

"Ya, Maira tahu, Kael orang yang bijak. Tapi, apa yang diorang buat kat Belgium tu sampaikan setiap minggu akan pergi ke sana?" soal Umairah.

"Keluarga Hassan dan Maria ada di sana. Keluarga pokok mereka. Mereka berasal daripada Belgium. Lahir pun di Belgium and their nationality are not Malaysian. They are Belgian. So, it is not a problem for them to be there, right?" ujar Tunku Abdullah.

"Tapi, atuk. Kael tak penat ke berulang-alik dari Belgium ke Malysia? Flight ke Belgium pun ambil masa berbelas-belas jam," tanya Umairah lagi.

Tunku Abdullah tersenyum. " You really worried about him. Kan, Maira?"

Umairah terdiam. Dia tidak menjawab.

"Maira betul-betul sukakan Kael kan?" soal Tunku Abdullah, sengaja ingin menguji hati gadis di hadapannya itu.

Umairah segera menggeleng.

"Maira nak nafikan? You can't lie to me, Maira. I know you. Kamu takkan ambil berat pada orang yang kamu tak suka," kata Tunku Abdullah.

"Maira memang sukakan Kael. Tapi, hanya sebagai abang. Tak lebih dari itu, atuk."

Umairah memandang Tunku Abdullah.

"Maira tahu siapa diri Maira. Maira tak layak untuk Kael. Kael tu ada nama. Semua orang kenal dia. Bukan kat Malaysia je, tapi kat seluruh dunia. Dia ada kenalan daripada kerabat diraja. And he is also one of royalty in Malaysia."

"Kael tu pun manusia biasa. Maira tak boleh sangkal perkara ni. Kalau Kael suka kat Maira jugak, macam mana? Will you accept him?" soal Tunku Abdullah.

Umairah tersenyum. Dia menggeleng.

"Kalaupun Kael sukakan Maira, nak kahwin dengan Maira, Maira takkan terima," ucap Umairah, perlahan.

"Kenapa?"

"Sebab Maira dengan Kael tak setaraf," jawab Umairah, pendek.

"But, parent Kael sukakan Maira. Diorang tak kisah if Maira jadi menantu mereka," kata Tunku Abdullah.

Umairah ketawa. "Uncle Hassan and auntie Maria memang orang yang baik. Diorang anggap Maira sebagai anak diorang sendiri. Sebab tu, Maira taknak terima Kael. Sebab Maira taknak keturunan diorang tercemar. Tercemar dengan darah orang biasa-biasa."

Tunku Abdullah terkedu. Dia tidak menyangka Umairah berfikiran seperti dia semasa 25 tahun dahulu.

"Kenapa Maira cakap macam tu?"

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now