Chapter 24

4.3K 199 1
                                    

Italic - bahasa belanda

~~~~~~~~~

"Kak Mai, something happen kat kampung! Cepat balik, kak!" ucap Amira, cemas di hujung talian.

Riak wajah Umairah yang pada ketika itu bersama-sama Adam terus berubah. Dia bingkas bangun. Adam yang sedang menyemak laporan Umairah itu memandang Umairah.

"Kenapa Hana?" soal Adam.

Umairah mengangkat tangannya meminta Adam menunggunya habis bercakap dengan Amira.

"Bertenang, Mira. Bertenang. Cerita kat akak apa yang berlaku," ucap Umairah.

"Ada orang datang. Orang putih. Mira tak kenal pun dengan diorang. Sekarang ni, diorang tengah bercakap-cakap dengan mak. Mira Nampak mak macam serabut je," kata Mira.

Umairah menggigit bibirnya.

"Amir mana?"

"Abang ada kerja kelab kat sekolah. Sekarang ni, dia tak balik lagi," beritahu Amira.

Umairah memicit-micit dahinya. "Macam ni, Mira. Mira pergi teman mak. Kejap lagi akak balik. Mira jangan risau ya. Kalau Amir balik, suruh dia call akak," kata Umairah.

"Baik, akak. Cepat tau akak. Mira risau ni," kata Amira, perlahan.

"Ya, sayang. Sekarang ni, pergi teman mak. Nanti akak sampai," kata Umairah sambil memutuskan taliannya.

Adam memandang Umairah meminta penjelasan.

"Why?"

"Something happen at my home. Can I apply for EL?" soal Umairah.

"Apa yang berlaku?" soal Adam.

"Mira cakap ada beberapa orang putih or foreigner, datang rumah kami. Mira risau takut-takut ada something happen," kata Umairah.

Riak wajah Adam berubah. Dia bingkas bangun.

"Let's go. Let me accompany you to your home," kata Adam.

Umairah memandang Adam, hairan dengan perlakuan Adam itu.

"It's okay, Kael. I can handle it. Cuma, saya nak minta cuti dari awak la," kata Umairah, tenang.

Adam menggelengkan kepalanya. "No, biar saya teman awak. Saya takut ada apa-apa yang jadi pada awak. Lagipun, perjalanan awak jauh," kata Adam.

Umairah ketawa. "Tak jauh mana, Kael. Setakat Muar dengan Bangi, saya selalu ulang-alik. So, ianya tak jadi masalah pun pada saya," kata Umairah.

"No, Hana. Please listen to me. Keputusan saya muktamad. Saya ikut awak balik ke rumah awak," kata Adam, tegas.

"Pastu, macam mana dengan kerja-kerja awak?" soal Umairah.

"Saya boleh buat after this. Lagipun, kalau saya biarkan awak sorang-sorang balik ke Muar, hati saya tak tenang," kata Adam.

Umairah mengeluh. "Betul awak nak ikut?"

Adam mengangguk. "Yes, Nur Hana Umairah. Ini keputusan saya," kata Adam.

"Sekarang ni, awak pergi ambil barang-barang awak. In 10 minutes, we depart," arah Adam.

Umairah mengangguk. Dia segera keluar daripada pejabat Adam itu.

Setelah kelibat Umairah menghilang daripada bilik itu, Adam segera menelefon seseorang.

"Assalamualaikum, papa," ucap Adam apabila panggilannya disambut.

Tan Sri Hasan menjawab salam yang diberi oleh anaknya itu.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now