Italic - bahasa belanda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Your Majesty," ucap Adam sambil menundukkan badannya sedikit.
King Henry tersenyum apabila melihat Adam, anak saudara kesayangannya itu. Dia terus memeluk tubuh Adam.
"You look well, Mike," kata King Henry, gembira.
Adam hanya tersenyum. "It's because I got to see you, uncle," kata Adam.
King Henry ketawa apabila mendengar kata-kata Adam itu. Dia mengambil tempat di sofa yang ada di office itu.
"Macam mana keadaan Maria?" soal King Henry dalam bahasa Belanda.
Adam menganggukkan kepalanya. "Mama sihat. She sends regards to you," jawab Adam.
"Macam mana Malaysia? Is it okay for you?" soal King Henry.
Adam tersenyum. "Malaysia is fine, uncle." Dia menggelengkan kepalanya.
"Uncle gembira dengan keputusan kamu, Mike," ucap King Henry.
Adam senyum hambar. Dia mengambil tempat di hadapan King Henry itu.
"Uncle macam mana? Still busy?" tanya Adam
King Henry ketawa.
"Still the same. Uncle busy sampaikan nak jumpa anak-anak uncle pun susah. Beth dan Harry selalu mengadu tentang uncle dan auntie yang tiada masa untuk mereka," kata King Henry.
Adam hanya tersenyum.
"So, uncle dengar kamu bawa seseorang ke Belgium. Kecoh satu istana pagi tadi," kata King Henry.
Adam tersenyum hambar. "She is the one that you want to meet. Mike bawa dia ke sini bila dapat tahu yang uncle siasat latar belakang dia."
King Henry tersenyum.
"Kenapa uncle buat macam tu? Uncle tak percayakan Mike ke?"
King Henry hanya tersenyum. "Uncle percaya pada kamu. Cuma uncle mahu kepastian."
"Kepastian? Kepastian apa?" soal Adam.
"Uncle mahukan kamu ambil alih tampuk pemerintahan uncle di Belgium ni. Sebab tu, uncle mahu pastikan sama ada perempuan yang kamu pilih sebagai isteri mempunyai latar belakang yang baik," terang King Henry.
Adam mengeluh. Dia tahu akan hasrat King Henry itu. Namun, dia sering mengelak daripada membicarakan tentang soal itu.
"Tapi, sebab uncle, papa dapat marriage proposal daripada House of Houston. That house dah mula bertindak. They want me to marry their daughter in order to strengthen their power here. Uncle tak tahu ke bahayanya House of Houston itu," kata Adam.
King Henry tersenyum. "Myra pun dari House of Houston, Mike."
"But, she is oblivious with all of this. She doesn't know anything about what happen here, uncle," kata Adam, agak tegang.
"You are really smart, Mike. Sebab itulah, uncle mahukan kamu menjadi raja selepas uncle bersara," kata King Henry.
"Bukan Mike nak tolak tentang cadangan uncle. Mike perlukan masa untuk semua tu. Mike sendiri mempunyai komitmen sendiri. Mike ada kehidupan lain di Malaysia and I need to settle these things," kata Adam.
"Yeah, I know. That's why I ask you to stay at Belgium. I want you to learn about the country. Mike ada darah diraja Belgium. Lagipun, Beth masih kecil. Uncle taknak libatkan dia dalam perebutan kuasa di Belgium ni. Kasihan dia dan Harry. Mereka tidak tahu apa-apa mengenai masalah dalaman negara," beritahu King Henry.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...