Umairah pandang langit malam yang dipenuhi bintang itu. Dia masih lagi memikirkan permintaan Lily itu. Dia masih lagi teragak-agak untuk menerima cadangan Lily itu.
"Apa yang patut saya buat, Kael? Kalau saya pergi Belgium, awak akan dengar cakap saya ke?" bisik hati Umairah.
Ucapan Adam yang dia dengari sewaktu dia koma terngiang-ngiang di telinganya.
"Ik vind je luek, mijn schatje."
Dia tahu maksud kata-kata Adam itu. Apabila dia bangun daripada komanya, dia terus mencari maksud perkataan itu.
"I love you, my love."
Dia terkedu apabila mengetahui maksud Adam itu. Adam cintakan dia. Perasaannya tidak bertepuk sebelah tangan. Adam sayangkannya sepertimana dia sayangkan Adam.
Apabila dia mengetahui maksud kata-kata Adam itu, dia sering menunggu kedatangan Adam. Namun, dia hampa. Adam tidak pernah sekalipun datang melawatnya. Hatinya pedih. Dia takut perasaan Adam berubah.
"Kenapa awak buat keputusan macam ni, Adam Mikael?" bisik hati Umairah.
Dia faham tindakan Adam walaupun dia sendiri persoalkan keputusan Adam. Keputusan Adam hanya membawa derita pada orang sekelilingnya. Keluarganya risau dengan tindakan Adam itu.
Memanglah Adam merupakan pilihan terbaik untuk dijadikan King of Belgians. Tapi, kalau Adam naik takhta, dia terpaksa lepaskan semuanya. Segala kebebasannya disekat. Impian dia, cita-cita dia. Semuanya akan terkubur begitu sahaja.
Umairah mengeluh. Berat sungguh permintaan Lily itu. Dia boleh pergi ke Belgium, namun dia tidak berani berjanji bahawa dia dapat memujuk Adam itu. Dia kenal sikap Adam bagaimana. Adam tegas dalam membuat keputusannya. Dia tak suka sekiranya keputusannya dicampuri oleh orang lain.
TUK! TUK!
Umairah berkalih memandang pintu wad itu yang terbuka daripada luar itu.
Pn Norlia melangkah masuk ke dalam wad itu sambil tersenyum.
"Tak tidur lagi anak mak ni?" soal Pn Norlia. Dia berjalan mendekati Umairah yang sedang duduk di kerusi menghadap tingkap besar wad VIP itu.
"Mak? Kenapa tak suruh Mira je teman kakak malam ni?" soal Umairah.
Pn Norlia peluk bahu anak gadisnya. "Tak boleh ke kalau mak nak teman anak mak malam ni?" soal Pn Norlia.
Umairah senyum. Dia pandang Pn Norlia. "Kakak ni dah banyak susahkan mak kan?"
Pn Norlia geleng kepalanya. Dia usap kepala Umairah. "Kakak tak pernah susahkan mak pun. You are my daughter, Maira. Don't forget that," ucap Pn Norlia.
Umaira mengangguk. Dia pegang erat tangan ibunya itu.
"Kenapa anak mak tak tidur lagi ni? Tengah fikirkan apa?" soal Pn Norlia, mengambil tempat di sebelah Umairah.
Umairah tidak menjawab.
"Anak mak ni susah hati ke?" soal Pn Norlia lagi.
Umairah pandang Pn Norlia. "Mak, kalau kakak nak pergi ke Belgium semula, would you allow me?" soal Umairah.
Riak wajah Pn Norlia berubah. Dia pandang wajah anak gadisnya itu. Wajah Umairah tampak kurus selepas semua yang terjadi itu. Umairah bertambah matang dan dia suka mendiamkan dirinya.
"Kenapa?" soal Pn Norlia, sepatah.
"Kak El datang tadi," beritahu Umairah.
Sekali lagi, Pn Norlia terkedu.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...