Umairah duduk di kerusi yang ada di dalam bilik Adam itu. Sesekali dia berjalan mendekati tingkap kaca. Dia dapat melihat kota raya Kuala Lumpur itu daripada tingkap itu.
Dia mengerling ke arah Adam yang sedang sibuk membaca dokumen. Sesekali Adam menaip sesuatu di laptopnya itu.
Umairah mengeluh. Sudah 2 jam, dia duduk di situ. Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Nasib baiklah Adam memesan supaya menghantar makanan tengah hari ke pejabatnya. Kalau tak, mesti dia kebuluran.
Adam mengangkat wajahnya apabila mendengar keluhan Umairah itu. Dia tersenyum apabila melihat wajah Umairah yang kebosanan itu.
"Are you bored?" soal Adam.
Umairah terus memandang Adam. Dia segera menganggukkan kepalanya.
"Do you want something to do?" soal Adam.
Umairah mengerutkan dahinya. "Awak kata kerja awak akan selesai sekejap lagi. So, saya rasa awak tak perlu la carikan kerja untuk saya," ucap Umairah, menolak cadangan Adam itu.
Adam ketawa. Dia tahu Umairah sedang menyindirnya. Dia pernah beritahu Umairah bahawa kerjanya akan siap dalam sejam yang lepas.
"Sorry, mademoiselle. I broke my promise. There are some urgent works that I needed to settle today. Can you give me another 30 minutes, young lady?" pinta Adam.
Umairah mencebik.
"I promise you that I will finish my work before 4 o'clock. So, can you wait patiently?" pinta Adam, lembut.
Umairah hanya mengangguk lemah. Dia tahu Adam sedang cuba untuk menghabiskan kerjanya secepat mungkin. Jawatannya sebagai Pengarah Urusan SYK memerlukannya untuk memastikan semua projek berjalan dengan lancar.
"Julia, masuk kejap," pinta Adam melalui interkomnya.
"Baik, tuan," kedengaran suara Julia daripada interkomnya.
Tidak lama kemudian, Julia muncul di bilik itu.
"Julia, can you show around this floor to Hana? She really bored because I can't play with her," ucap Adam.
Umairah membeliakkan matanya. "Kael!"
Adam ketawa. "Bawa dia keluar. Pusing-pusing floor ni. Dalam pukul 4, bawa dia balik ke sini. Suka hati you lah nak bawa dia ke mana-mana. Janji dia tak kebosanan," ucap Adam.
Julia tersenyum. Dia segera menganggukkan kepalanya. "Baik, tuan."
"Mari, cik..,"
"Umairah. But, no need to formal with me, cik Julia," jawab Umairah.
Julia tersenyum. "Okay, Umairah . And you also don't need to formal with me. Call me Julia. Mari I tunjukkan you sekitar kawasan ni," kata Julia.
Umairah menganggukkan kepalanya. "Sekejap ye."
Umairah berkalih memandang ke arah Adam yang kembali membaca dokumen yang ada di atas meja dia tu.
"Kael, you should stop work and take time to eat. Your lunch is still there," ucap Umairah sambil menunjukkan lunch yang dipesan oleh Adam itu masih lagi tidak terusik.
"Saya tak kisah pukul berapa pun awak habis kerja awak. Take your time. Saya faham awak sibuk. Kalau awak terlalu sibuk, saya tak kisah kalau saya balik naik teksi je," sambung Umairah.
Adam mengangkat kepalanya daripada dokumen itu. "No, awak kena balik dengan saya," ucap Adam.
Umairah hanya mengeluh. "If awak nak saya balik dengan awak, please finish your lunch before continuing your work. Saya akan tunggu awak. Julia ada dengan saya untuk temankan saya. So, take your time. Kalau saya balik sini, and lunch awak masih lagi tak terusik, saya akan balik naik teksi."
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...