Chapter 40

4.6K 165 1
                                    

Adam memasuki bilik VVIP itu. Kelihatan Pn Norlia, Amir dan Amira sedang berbincang serius. Tunku Abdullah turut berada di situ. Adam segera mendekati mereka berempat.

"Apa yang berlaku? Macam mana Myra boleh hilang?" soal Pn Norlia apabila nampak kelibat Adam.

Adam menggelengkan kepalanya. "Kael pun tak tahu auntie. Kael baru je tinggalkan bilik ni 30 minit yang lepas. Sekarang ni, semua orang-orang Kael tengah cari Hana."

Pn Norlia mengeluh. "Are you hiding something from us, Prince Michael?" soal Pn Norlia.

Amir dan Amira terkedu apabila mendengar ibunya menyoal Adam dalam Bahasa inggeris.

"I'm sorry, auntie. But, all of these things are confidential. It is about my country," jawab Adam.

"I heard the guards are saying about House of Houston. Are all these happen are because of them?" soal Pn Norlia.

"Auntie masih faham apa yang mereka cakap? Walaupun mereka berbual-bual dalam Bahasa belanda?" soal Adam.

Amir dan Amira berpandangan. Mereka agak terkejut dengan ibunya yang tahu berbahasa belanda.

Pn Norlia mengangguk. "Ja, jonge man. So, tell me, Prince Michael of Austria-Este, what is going on?" kata Pn Norlia, memandang Adam yang serba salah ingin menjawab soalannya.

Adam tidak menjawab pertanyaan Pn Norlia itu. Pn Norlia mengeluh.

Pn Norlia memandang Adam sambil memeluk tubuhnya. "Al deze, is het verwant aan huis van Houston (All of these, is it related to House of Houston)?" soal Pn Norlia dalam Bahasa belanda pula.

Adam teragak-agak untuk mengangguk. Pintu bilik wad itu dibuka daripada luar. Semua berkalih memandang ke arah pintu itu.

"Ja, mijn vrouw (Yes, my lady)," jawab Tan Sri Hassan yang baru melangkah masuk.

Pn Norlia memandang Tan Sri Hassan yang mengambil tempat di salah satu kerusi yang ada di bilik itu.

"What do you mean? Apa yang sedang berlaku?" soal Tunku Abdullah.

Adam memandang Tunku Abdullah. Dia hanya tersenyum hambar.

"Actually, atuk, the kidnapper that kidnap Hana were from one of the royal house in Belgium. And that house is House of Houston, auntie Lia's family," terang Adam.

Tunku Abdullah memandang Pn Norlia yang sedang meraup-raup wajahnya.

"Sekarang ni, apa yang perlu kita buat, Ha, Kael?" soal Pn Norlia.

Adam terdiam. Dia memandang ayahnya, Tan Sri Hassan yang kusut wajahnya.

"King Henry akan selesaikan semua ni. Dia dah arahkan orang untuk selamatkan Maira," ucap Tan Sri Hassan.

"Kenapa mereka culik Maira? Maira tak salah apa-apa. Dia tak tahu apa-apa pun," kata Pn Norlia, perlahan.

Tan Sri Hassan dan Adam berpandangan.

"Sebenarnya Lia, that house dah lama mahukan kuasa di negara ni. Mereka mencadangkan supaya House of Austria-Este bergabung dengan mereka supaya mereka dapat kuasa yang boleh menjatuhkan King Henry," terang Tan Sri Hassan.

Pn Norlia membeliakkan matanya. "Charles ke yang arahkan macam tu? Or is it mother who wants to overthrow the throne?" soal Pn Norlia.

Tan Sri Hassan menggelengkan kepalanya. "Actually, Lia. Semua yang berlaku ni kerana isteri Charles. Isteri Charles, Hilda yang rancang semua ni."

"Hilda? Hilda van Gough?"

Tan Sri Hassan mengangguk.

Pn Norlia ketawa sinis. "Tak sangka dia hidup lagi. Kenapa Charles kahwin dengan dia? Dia sendiri tahu tentang Hilda."

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now