Chapter 9

5.5K 220 7
                                    


Adam mengerling ke sebelah tempat duduk pemandu itu. Umairah sedang asyik memandang pemandangan di luar kereta itu.

"Are you angry at me, Hana?" soal Adam.

Umairah segera berkalih memandang ke arah yang tenang memandu kereta itu.

"Awak nak bawa saya ke mana ni, Kael?" soal Umairah, sengaja tidak menjawab pertanyaan daripada Adam itu.

Adam tersenyum. " You really mad at me, huh, Hana."

"Dari semalam lagi, awak asyik tanya saya sama ada saya marah ataupun tak. Kalau saya jawab, saya marahkan awak, nanti awak rasa serba salah pula. Kalau saya cakap saya tak marah pula, awak pula yang hairan," bebel Umairah.

"Apa yang awak nak sebenarnya? Nak saya marah pada awak?" soal Umairah.

Adam ketawa kecil. "Awak ni memang pandai buat saya ketawa kan?"

Umairah berpeluk tubuhnya.

"Awak nak saya betul-betul marah ke ni?" soal Umairah. Nada suaranya sudah meninggi.

Adam segera mengangkat sebelah tangannya. Sebelah tangannya lagi memegang stereng.

"Okay, okay. I'm not laughing. It is just that I can't hold myself when I'm with you," kata Adam. Ketawanya mula mereda.

"Awak memang suka ketawa eh, Kael?" soal Umairah.

Adam segera menggelengkan kepalanya.

Dahi Umairah berkerut. "Dah tu?"

"When I'm with you, young lady, it just naturally come out from my mouth. I cannot hold my laugh when I'm with you," kata Adam.

Umairah mencebik. "Awak ingat saya ni pelawak ke?"

"No, no, that's not what I mean. It is just that I really have fun when you are with me," bangkang Adam.

Umairah kembali memandang ke luar tingkap kereta itu.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Umairah apabila melihat banyak kereta mula memperlahankan kelajuan mereka apabila melihat lampu isyarat bertukar warna kuning itu.

"My hospital. I need your help with something," kata Adam, sambil menekan brek apabila lampu isyarat bertukar merah.

Dahi Umairah sekali lagi berkerut. "Help you? With what?"

Adam hanya tersengih.

Umairah mendengus geram apabila melihat sengihan Adam itu. Walaupun dia baru mengenali Adam, dia sudah arif dengan tingkah laku Adam itu. Adam suka mengelak untuk memberitahunya perkara yang sebenar kepadanya.

"Awak..,"

BAMM!!

Umairah tidak jadi untuk berkata apabila mendengar bunyi yang kuat itu.

Segala-galanya berlaku dengan pantas. Seorang penungang motosikal terlambung tinggi apabila berlanggar dengan sebuah kereta myvi. Kereta Myvi itu pula terlanggar lampu isyarat akibat mahu mengelak daripada melanggar motosikal itu.

Adam segera memberi signal lalu memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia dan Umairah segera keluar daripada kereta itu.

Mereka dapat melihat seorang penunggang motosikal sedang terbaring di atas jalan raya dengan sebuah kereta yang remuk itu. Pemandu kereta Myvi itu turut tidak sedarkan diri.

Adam segera berlari mendekati penunggang motosikal yang parah itu. Dia segera meminta orang ramai untuk memberi ruang udara kepada penunggang motosikal itu.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now