"Morning, semua," ucap Adam sambil melangkah masuk ke ruangan makan itu.
Semua yang ada di situ membalas sapaan Adam.
Adam mengambil tempat di sebelah Lily.
"Pukul berapa flight Maira nanti?" soal Puan Sri Maria, tiba-tiba.
Adam terkejut apabila mendengar pertanyaan Puan Sri Maria itu.
"Hana?"
Umairah tidak mempedulikan Adam. Dia memandang Puan Sri Maria.
"Dalam pukul 5 rasanya. Betul kan, kak El?" soal Umairah kepada Lily yang duduk di hadapannya.
"Petang ni?" soal Tan Sri Hassan.
Umairah dan Lily menganggukkan kepalanya.
"What's going on here?" soal Adam tiba-tiba.
Dia berkalih memandang Umairah. "Kenapa tiba-tiba nak balik ni? Cuti Hana masih lama lagi kan? Kenapa tiba-tiba je ni?" soal Adam bertalu-talu.
Umairah tersenyum. "Saya rindukan Malaysia. Lagipun, mak ada call suruh balik ke kampung sekejap," beritahu Umairah.
Adam mengeluh. Dia meramas-ramas rambut perangnya itu.
"Tak boleh tangguh dulu ke?" soal Adam.
Tan Sri Hassan terus menegur Adam.
"Kael," panggil Tan Sri Hassan sambil menggelengkan kepalanya.
Adam memandang Tan Sri Hassan. Kemudian, dia berpaling memandang Puan Sri Maria. Masing-masing mengisyaratkan supaya Adam jangan menghalang kehendak Umairah yang mahu pulang.
"Mak Maira ada sesuatu yang penting untuk diberitahu pada Maira," ucap Puan Sri Maria.
Adam memandang Tan Sri Hassan meminta kepastian. Tan Sri Hassan menganggukkan kepalanya.
Adam mengeluh. "Fine."
"Pukul berapa flight Hana? Nak saya hantarkan ke airport ke?" soal Adam.
Umairah segera menggeleng. "Nope. It's okay, Kael. Kak El boleh hantarkan saya ke airport tu," kata Umairah.
Adam hanya mengangguk. Dia tidak boleh membantah memandangkan Umairah sudah membuat keputusan.
"Before kak El hantar Maira, kita pergi cari souvenir untuk family Maira kat Malaysia. Nak?" ajak Lily.
Umairah mengangguk kepalanya. "Boleh bawa Maira ke kedai yang jual chocolate murah tak? Belgium famous dengan coklat kan?"
Lily menganggukkan kepalanya.
"Kalau macam tu, abang Kael ikut sekali la kitorang. Kita pergi ke kilang coklat David," ajak Lily.
Adam menganggukkan kepalanya. "Nanti abang inform David."
"Bila kita nak pergi?" soal Adam.
"After breakfast? Sebab Maira kena check in kat airport dalam pukul 3. Sekarang ni dah pukul 9.35 dah. Takut tak sempat nak pergi shopping pula," kata Lily.
Adam menganggukkan kepalanya.
"Okay. Dalam pukul 10.30, kita bertolak. Boleh?" soal Adam sambil memandang ke arah Umairah dan Lily.
Umairah dan Lily menganggukkan kepala mereka. Masing-masing bersetuju dengan cadangan Adam itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...