Chapter 41

4.3K 174 0
                                    

Pn Norlia duduk di kerusi yang ada di taman kediaman Rasmi Princess Maria sambil memeluk tubuhnya. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapanya. Maklumlah, sekarang sudah penghujung musim panas. Tidak lama lagi, musim luruh akan tiba.

"Mak buat apa kat luar ni?" tegur Amir sambil mengambil tempat di sebelah Pn Norlia. Amira yang turut mengikut langkah Amir turut mendekati ibunya itu.

Pn Norlia memandang Amir dan Amira.

"Mak risaukan kak Mai ya?" soal Amira pula.

Pn Norlia senyum hambar. Tan Sri Hassan dan Adam sudah memberi jaminan bahawa Umairah akan diselamatkan. Namun, hatinya masih lagi tidak tenang.

"Mak jangan risau la. Abang Kael dengan uncle Ha dah janji untuk selamatkan kak Mai," pujuk Amir.

Pn Norlia menghulurkan tangannya ke arah kedua-dua anaknya itu. Amir dan Amira segera menyambut huluran tangan Pn Norlia itu.

"Mak sayang anak-anak mak. Kamu berdua anak yang baik," ucap Pn Norlia sambil menggenggam erat tangan anak-anaknya itu.

"Kenapa kamu berdua tak bertanya tentang semua yang terjadi ni?" soal Pn Norlia sambil memandang ke arah anak-anaknya.

Amir senyum. Dia mencium tangan ibunya itu. "Apa yang berlaku ini mesti ada sebabnya, mak. Mir nak mak beritahu pada kami sendiri, bukan kami yang perlu bertanya," kata Amir.

"Betul kata abang tu. Kami mahu berikan masa pada mak. Lagipun, kami masih budak-budak lagi. Tak layak untuk masuk campur dalam hal orang dewasa," ucap Amira, perlahan.

Pn Norlia tersenyum apabila mendengar kata Amira itu. Dia mengusap-usap kepala Amira.

"Both of you are mature enough to know what exactly happen," kata Pn Norlia.

Pn Norlia memandang anak kembarnya itu.

"Apa yang mak akan sampaikan ni, akan buatkan kamu berdua marahkan mak. Marah sebab mak rahsiakan semuanya," kata Pn Norlia.

Amir segera menggelengkan kepalanya. "Tak, mak. Kami berdua takkan marahkan mak. Mak adalah ibu kami. Kenapa kami nak salahkan mak kalau perkara yang mak rahsiakan itu untuk kebaikan kami?" nafi Amir.

Pn Norlia senyum. "You should hear my explanation first sebelum buat kesimpulan," kata Pn Norlia.

Pn Norlia memandang ke arah bintang-bintang yang bertaburan di langit malam Belgium itu.

"Mak sebenarnya bukan orang Malaysia. Mak dibesarkan di Belgium. Keluarga mak ada di sini. My mother is still alive. I got a younger brother. Kamu berdua dengar kan apa yang uncle Ha beritahu petang tadi," ucap Pn Norlia sambil memandang kedua-dua anaknya itu.

"I'm from House of Houston. I'm supposed to inherit the House but I ran away with your father. My brother, Charles take over my place and he is now head of my house."

"Kamu berdua tahu tak tentang House kat Belgium ni? House kat Belgium ini macam kerabat diraja yang ada di Malaysia. Kalau kerabat diraja Malaysia dikategorikan based on negeri, di sini pula, dikategorikan as a House. Or kalau dalam bahasa mudahnya golongan bangsawan"

Pn Norlia memandang wajah anak-anaknya.

"So, mak nak cakap yang mak adalah golongan bangsawan Belgium?" soal Amir.

Pn Norlia mengangguk. "Yup. But we are not merely bangsawan in Belgium. House of Houston is my family which has authority in Belgium. Similar to Kael's family. Both of our House are the highest in Belgium hierarchy. The head of House is called as Archduch or archduchess. We are related to Belgium monarchy. Kael's mother and King Henry who is the current King of Belgians, are my cousins."

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now