Chapter 25

4.6K 181 0
                                    

Italic - bahasa Belanda

~~~~~~~~~~~

Pn Norlia mendekati Adam yang sedang menunggu Umairah keluar daripada rumahnya itu. Mereka akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur memandangkan mereka mempunyai tanggunggjawab di sana.

"Kael," panggil Pn Norlia.

Adam yang sedang bersandar di pintu keretanya segera menegakkan badannya.

"Yes, auntie?"

"Thanks for bringing Maira back yesterday. And also, thanks for not telling her about what happen yesterday," ucap Pn Norlia.

"Ini permintaan auntie dan atuk su sendiri. Kael tak boleh berbuat apa-apa," kata Adam dalam bahasa belanda.

Pn Norlia senyum apabila mendengar kata-kata Adam.

"Kenapa mereka datang ke sini, auntie? Siapa mereka? Uncle Henry hantar ke?" soal Adam, perlahan.

Pn Norlia senyum. Dia menggelengkan kepalanya. "Bukan Henry yang hantar mereka. Henry terlalu baik. Kalau dia yang hantar, mesti dia beritahu pada kamu sekeluarga," kata Pn Norlia.

"Then, who are they?"

"My brother's men," jawab Pn Norlia, pendek.

Dahi Adam berkerut. "Apa yang mereka nak?" soal Adam.

Pn Norlia hanya senyum hambar. Dia membiarkan soalan Adam tidak berjawab.

"Mereka mahu auntie balik ke Belgium ke?" soal Adam.

Pn Norlia memandang Adam. "Macam mana Kael tahu?"

"Saya nasihatkan auntie, jangan ikut kata-kata mereka," kata Adam.

Pn Norlia hairan dengan kelakuan Adam itu. "Kenapa? Ada apa-apa yang berlaku di Belgium?" soal Pn Norlia.

Adam mengeluh. Dia menggelengkan kepalanya. "The state is worsening. And I don't know whether uncle Henry can stay as King of Belgians," kata Adam.

Riak wajah Pn Norlia bertukar keruh. "Why? What is exactly happen there?"

Adam memicit-micit dahinya. "I can't tell you more than this. But, everyone in Belgium' royalty family are in trouble. Even mama and our family are thrown into mud. Kael taknak auntie dan keluarga auntie terlibat dalam perbalahan ni," kata Adam.

"Ada someone yang mahukan takhta ke?" soal Pn Norlia.

Adam senyum hambar. "Siapa yang tak mahukan kuasa? Everyone wants it. And uncle cannot suppress them," kata Adam.

Adam memandang ke dalam anak mata Pn Norlia yang berwarna coklat jernih itu. "Saya taknak keluarga auntie di Malaysia terlibat dalam hal ini. Mereka tak tahu pun tentang hubungan auntie dengan Belgium royalty. I want them safe. And for them to be safe, they need to be here, in Malaysia. Not in Belgium where everyone will try anything to get your favor," kata Adam, panjang lebar.

Pn Norlia mengeluh. "Kenapa boleh sampai macam ni? Apa yang sebenarnya yang berlaku?"

"Kalau Kael kata ada seseorang yang buat mistake in his step, what would you do?" soal Adam.

"Who is that person?" soal Pn Norlia. Pn Norlia berfikir tentang kemungkinan siapa lelaki yang Adam sebutkan itu.

Adam tidak menjawab pertanyaan Pn Norlia. Dia sengaja membiarkan soalan Pn Norlia tidak berjawab. Dia mahukan Pn Norlia berfikir tentang lelaki itu.

"And, one more thing, auntie. Kael rasa Hana patut tahu pasal perkara ini. It is not good to leave her in the dark. She should know her origin, from where she is," kata Adam, lembut.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now