"Morning, Mai," ucap Najihah apabila melihat kelibat Umairah memasuki dapur rumah itu.
Umairah hanya menganggukkan kepalanya menegur Najihah.
"Kau kerja ke hari ni, Mai?"
Umairah menggelengkan kepalanya. "Tak. Aku kena pergi U. Nak uruskan balik aku punya study leave. Bila fikir balik, rugi pula kalau aku ambil study leave, sedangkan aku hanya ada 3 sem je lagi nak abis."
"Bagus la kalau kau nak buat macam tu. Nak aku tumpangkan kau? Aku pun nak pergi kelas ni. Kereta kau, kau tinggal kat restoran Kurt kan?" kata Najihah.
Najihah juga seorang pelajar di university yang sama dengannya. Cuma yang membezakan mereka hanya jurusan yang diambil. Najihah merupakan pelajar tahun 3 jurusan kejuruteraan kimia manakala dirinya merupakan pelajar tahun 5 jurusan perubatan.
"Boleh juga. Takde la aku susah-susah nak tunggu bas lama. Thanks ya, Naji," ucap Umairah.
Najihah tersenyum. "No hal la. Kau kawan baik aku," kata Najihah.
Umairah menganggukkan kepalanya. Dia mengambil roti gardenia yang ada di atas meja itu lalu disapunya jem blueberi.
"Nad, aku nak tanya something, boleh tak?"
"Hmm?"
"Kau okay kan?"
Umairah ketawa. "Kenapa kau tanya macam tu?" soal Umairah.
"Yelah. Semalam, kau berkurung je dalam bilik after kau balik. Aku risau la," kata Najihah.
"Aku okay je. Bila fikir balik, tak guna aku tolak bantuan diorang," kata Umairah sambil menyuap roti yang disapu jem itu.
"Mak aku pun kata ok je bila aku call dia subuh tadi," sambung Umairah.
Najihah menganggukkan kepalanya. "Baguslah kalau kau fikir macam tu."
"Let's go now. Kalau lewat, kita stuck dalam jamm nanti," ajak Umairah sambil menghabiskan rotinya itu.
Najihah menganggukkan kepalanya.
Mereka segera bergegas keluar daripada rumah sewa itu. Kedua-dua mereka kemudian masuk ke dalam kereta honda Jazz Najihah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Baguslah awak tarik balik study leave awak tu. Sayang kalau awak terpaksa tangguh satu sem hanya kerana masalah kewangan," ucap Prof Faridah, dekan fakulti perubatan itu.
Umairah hanya tersenyum.
"Kalau awak mahukan bantuan kewangan, pihak university ada sediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang. Saya tengok result awak ni, cemerlang. So, saya rasa tiada masalah untuk awak dapatkan biasiswa tu.
Apa kata awak cuba mohon biasiswa tu?" cadang Prof Faridah.
Umairah menganggukkan kepalanya. "Baik, prof."
"Kalau macam tu, saya boleh dapatkan recommend letter dari prof untuk mohon biasiswa tu kan?" soal Umairah.
Prof Faridah tersenyum. "Yes, boleh, boleh. Saya tiada masalah untuk beri recommend letter pada awak, seorang pelajar cemerlang," kata Prof Faridah.
Umairah tersenyum lebar. "Terima kasih, prof," ucap Umairah.
"Kalau takde apa-apa, saya minta diri dulu. Kejap lagi saya ada kelas," ucap Umairah, sambil berdiri daripada kerusi yang didudukinya itu.
Prof Faridah menganggukkan kepalanya.
"Oh ya, sebelum saya lupa, hari ni, semua pelajar tahun 5 ada ceramah dengan salah seorang doctor. Saya pun tak pasti tajuknya. Awak boleh pergi ke auditorium A. Ceramah tu diadakan di situ," beritahu Prof Faridah.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...