Umairah pandang sekeliling hospital itu melalui tingkap besar yang ada di wadnya. Sudah dua bulan dia sedar daripada komanya. Dia masih lagi ditahan di wad itu. Dr Hotch mahu dia berada di hospital itu walaupun dia sudah pulih daripada kecedaraannya.
Umairah masih lagi tidak boleh berjalan dengan lancar. Dia boleh berdiri namun kakinya masih lagi kekok untuk melangkah. Dia perlu memegang sesuatu sekiranya dia ingin berjalan. Dia juga perlu menggunakan tongkat sekiranya dia ingin berjalan dengan lebih jauh.
Kedengaran pindu wadnya itu dibuka. Umairah tidak berkalih.
"Kau buat apa tu?" soal Kiki sambil berjalan mendekati Umairah. Dia meletakkan bekas ubat yang dibawanya itu di atas meja katil itu.
Umairah memusingkan badannya menghadap Kiki. Dia senyum.
"Aku tengok kereta-kereta yang ada kat bawah tu. Jem teruk nampaknya," jawab Umairah sambil berjalan perlahan-lahan kea rah Kiki.
Kiki mengangguk. Dia terus memapah Umairah berjalan mendekati katilnya.
"Aku bawakan ubat untuk kau," kata Kiki.
Umairah mengangguk. Dia terus duduk di atas katil itu. Dia mengambil ubat yang dihulurkan oleh Kiki itu lalu terus memasukkan ke dalam mulutnya lalu menelannya. Kikir terus menyerahkan air untuk Umairah minum.
"Kau ada dengar berita Kael tak?" soal Umairah, tiba-tiba.
Kiki tersentak. Dia terus menyibukkan dirinya dengan mengambil tekanan darah dan suhu badan Umairah.
Umairah angkat keningnya memandang Kiki.
"Kenapa ya, bila aku tanya pasal Kael je, semua mengelak? Uncle Ha dengan Auntie Maria pun sama macam tu. Diorang pun dah lama tak datang sini. Mereka sekeluarga ada di Belgium ke?" soal Umairah.
Kiki teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Umairah itu.
"Aku tak tahu, Maira. Serius aku tak tahu," jawab Kiki, berselindung.
Umairah mengeluh. "No one tell me the truth. Why, Kiki? Is it because of what happen to me?"
Kiki mengeluh. Dia pandang Umairah. "No, Maira. Semua orang mahukan kau sembuh dahulu sebelum beritahu perkara sebenar kepada kau," kata Kiki.
Umairah pandang Kiki. "Aku dah sembuh, Kiki. So, kenapa tiada seorang pun yang beritahu apa yang berlaku pada aku?"
Kiki mengeluh. "Aku takut kalau kau tahu pasal perkara yang terjadi, kau akan lemah. Aku taknak tengok kau lemah. Kau kawan aku, Maira. And I want you to be stronger."
"Kenapa semua orang cakap macam tu? Teruk sangat ke kejadian tu? Sampai semua orang tak mahu beritahu aku?" soal Umairah, perlahan.
Kiki memegang bahu Umairah. "Kau tak sedar selama 3 bulan, Maira. Semua orang takut kalau-kalau terjadi sesuatu pada kau. Bila aku dapat tahu yang kaulah rakyat Malaysia yang diculik di Belgium masa tu, aku risau sangat. Aku taknak kehilangan kawan baik aku ni."
Umairah senyum hambar. "Tapi, aku selamat kan? Kael selamatkan aku," kata Umairah.
Kiki tidak menjawab. Dia diam.
Umairah pegang tangan Kiki. "Kenapa, Kiki? Ada sesuatu yang berlaku di Belgium?" soal Umairah.
"Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi, Maira. Aku takde di situ, tengok apa yang jadi. Lebih baik kau tanya mak or adik-adik kau. Mereka lebih tahu daripada aku," kata Kiki.
Umairah mengeluh. Dia pandang Kiki. "Kau tahu, aku sebenarnya ingat apa yang jadi. Walaupun aku tak sedarkan diri, aku dengar and sedar apa yang jadi di sekeliling aku. It is just that I need confirmation. Whether what I heard are true."
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...