Adam melangkah masuk ke dalam dewan itu semula. Matanya meliar mencari kelibat Umairah. Dia langsung tidak nampak akan kelibat Umairah. Dia mencari adiknya, Lily. Langkahnya terus diatur ke arah Lily yang sedang berbual-bual dengan rakannya.
"El," panggil Adam.
Lily berkalih memandang Adam.
"Abang," sapa Lily. Lily segera meminta diri daripada kawannya itu lalu berjalan mendekati Adam.
"Abang tahu tak uncle Henry cari abang? Majlis dah nak mula. Abang pergi mana?" soal Lily.
Adam senyum. "Ya, abang tahu. Abang dah jumpa dengan uncle Henry dah," jawab Adam.
Adam pandang sekeliling dewan itu.
"Abang cari siapa?"
"Hana Umairah. Mana Hana, El?" soal Adam.
Riak wajah Lily berubah. Dia pandang Adam sambil senyum tawar.
"Mana dia, El?" soal Adam lagi. Hatinya tidak sedap apabila melihat senyum tawar adiknya itu.
"She's gone, abang," jawab Lily, pendek.
"Gone? Pergi mana?" soal Adam, tidak faham akan kata-kata Lily itu.
"Balik semula ke Malaysia. El dah uruskan flight dia. Dia akan berlepas pada pukul 9.30 malam," beritahu Lily.
Adam terkedu. Dia pandang Lily tidak mempercayai kata-kata Lily.
Lily mengangguk. "Yes, abang. Maira minta El uruskan penerbangan balik ke Malaysia."
"But, why?" soal Adam.
Lily senyum hambar. "Cuba abang fikir apa yang abang dah buat hari ni?" soal Lily.
Ingatan Adam terimbau peristiwa petang tadi selepas pulang daripada makan tengah hari di rumah Tengku Hakimi.
Adam kalut. Dia ingin beredar daripada dewan itu namun sempat ditahan oleh Lily.
Lily pegang lengan Adam. "Abang, please. Jangan seksa Maira lagi," separuh merayu Lily berkata-kata.
Adam pandang Lily. Dia senyum. "Abang janji, abang takkan kecewakan Hana," kata Adam.
"Biarkan abang kamu pergi, El. Dia tahu apa yang dia sedang lakukan," kata Puan Sri Maria sambil mendekati anak-anaknya itu.
"But, ma, I don't want Maira to cry again. It hurts to see her sad," kata Lily.
Puan Sri Maria senyum. "Let your brother go, El. Let him find Maira. They need to solve their problem," kata Puan Sri Maria.
"Betul kata mama, El. Kael won't hurt her. He loves Maira so much," kata Tan Sri Hassan yang berdiri di sebelah Puan Sri Maria.
"Tapi, majlis dah nak start," kata Lily.
Tan Sri Hassan senyum. "Abang kamu tak diperlukan di majlis ini, El. So, just let him go," kata Tan Sri Hassan.
Lily keliru mendengar kata-kata Tan Sri Hassan itu.
Adam senyum. Dia menepuk bahu Lily. Kemudian, dia berkalih memandang Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria.
"Doakan Kael, Ma, Pa," ucap Adam sambil bersalaman dengan ibu bapanya.
"I hope the best for you, son. Good luck and you better bawa balik Maira as our daughter-in-law," seloroh Tan Sri Hassan.
Adam ketawa kemudian mengangguk. "Of course, papa. See you later," kata Adam.
Kemudian, Adam terus beredar daripada dewan itu. Dia tidak mempedulikan langsung golongan bangsawan Belgium yang ingin berbual-bual dengannya. Kelihatan Alfred mengikut langkah Adam yang agak tergesa-gesa keluar daripada dewan itu.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...