Chapter 54

4.8K 218 18
                                    

"It's been awhile we meet, Maira. Macam mana keadaan Maira?" soal Tan Sri Hassan sambil mengambil tempat di meja makan.

Malam itu, semua orang berkumpul di villa Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria. Adam yang selama ini payah untuk diajak makan malam bersama turut ada di situ.

Umairah senyum. "Saya sihat, uncle. Alhamdullillah, keadaan saya makin pulih. Kaki saya pun dah boleh jalan walaupun kena pakai tongkat," kata Umairah.

"Syukur la kalau macam tu. Tahu tak uncle dengan auntie risau sangat keadaan Maira masa tu. Nasib baik tak jadi apa-apa pada Maira kan?" kata Tan Sri Hassan.

Umairah mengangguk. "Alhamdullillah. Thanks to uncle dan auntie juga sebab usaha selamatkan Maira," ucap Umairah.

Puan Sri Maria menggelengkan kepalanya. "No, Maira. Kami berdua tak buat apa-apa pun untuk Maira. Semua atas usaha Kael. Dia yang sedaya-upaya selamatkan Maira waktu tu," jelas Puan Sri Maria.

Umairah mengerling sekilas ke arah Adam. Dia hanya mengangguk. Dia tahu tentang kenyataan itu. Adamlah yang selamatkannya. Namun, hatinya masih sakit mengenangkan kata-kata yang keluar daripada Adam itu. Dia tidak menghiraukan langsung kehadiran Adam di ruang makan itu.

Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria berpandangan apabila melihat Umairah hanya mengangguk. Mereka dapat merasakan ketegangan antara Adam dan Umairah. Mereka pandang anak gadisnya, Lily meminta penjelasan. Lily pula hanya ambil langkah mendiamkan dirinya.

Lily tahu apa yang terjadi petang tadi. Puteri Elizabeth yang menghantar Umairah ke villa itu, bukannya Adam. Sempat lagi Puteri Elizabeth berbisik mengenai apa yang berlaku di Istana petang tadi.

Tan Sri Adam terus mengajak mereka menjamu selera apabila melihatkan tiada seorang pun yang bersuara. Sambil itu, dia pandang Adam yang wajahnya keruh. Dia dapat mengagak sesuatu berlaku ketika anaknya itu berada di istana bersama-sama dengan Umairah.

Hanya bunyi sudu garfu menyelebungi ruang makan itu. Sesekali, Puan Sri Maria berbual-bual dengan Lily dan Umairah. Tan Sri Hassan turut mencelah sekiranya dia merasakan perlu. Hanya Adam sahaja yang mendiamkan diri sepanjang makan malam itu.

"Hana, we need to talk," kata Adam setelah mereka selesai makan malam.

Tan Sri Hassan, Puan Sri Maria dan Lily berpandangan sesama mereka. Kemudian, mereka memandang dua orang di hadapan mereka itu.

Umairah angkat keningnya. "Why?"

"Ikut je saya. Kita perlu berbincang," kata Adam.

"I'm nothing to you, Kael. So, why need the talk?" sinis sekali nada suara Umairah memerli Adam.

Adam mengeluh. Dia pandang ibu bapa dan adiknya yang masih di hadapannya itu, meminta pertolongan daripada mereka.

Tan Sri Hassan, Puan Sri Maria dan Lily menggelengkan kepala mereka, menandakan mereka tidak mahu masuk campur dalam masalah Adam. Adam sendiri yang cari pasal, jadi Adamlah yang perlu pujuk Umairah.

"Please Hana Umairah," rayu Adam.

Umairah mengeluh. Dia mendiamkan dirinya seketika. Kemudian, dia mengangguk bersetuju dengan Adam.

"Follow me, please," ajak Adam sambil melangkah ke arah pintu menghala ke taman vila itu.

Tan Sri Hassan dan Puan Sri Maria hanya memandang kelibat Adam dan Umairah yang menghilang di sebalik pintu itu.

"El harap abang Kael minta maaf pada Maira. She's hurting because of him," kata Lily, perlahan.

"Apa maksud El?" soal Puan Sri Maria, berkalih memandang anak gadisnya itu.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now