"Negara kecoh apabila Prince Michael telah melepaskan haknya ke atas takhta kerajaan Belgium. Namun, pihak istana tidak menjelaskan lebih lanjut tentang sebab pelepasan hak itu.
Ramai berpendapat bahawa perempuan warganegara Malaysia yang diculik itu merupakan gadis kesayangan Prince Michael apabila mendengar berita pelepasan hak baginda.
Negara in kehilangan putera yang berkaliber dan mempunyai pengaruh besar dalam pentadbiran negara. Rakyat jelata merayu supaya Prince Michael menarik kembali keputusannya untuk melepaskan haknya ke atas takhta. Ramai berkumpul di hadapan istana untu.."
TUUPP!!
"Kenapa tutup, Stark?" soal lelaki kepada salah seorang rakannya.
"Well, mereka bagi apa yang kita nak. So, semestinya perempuan itu amat penting bagi Prince Michael tu, Gade," kata Stark.
"So, sekarang ni, apa yang kita nak buat? Nak tunggu arahan dari mereka?" soal Gade.
Stark mengangkat bahu. "Kita dah buat apa yang mereka suruh. Kita tunggu dan lihat je," kata Stark.
"Anybody?" panggil Umairah yang ada di dalam bilik yang berkunci itu.
"Kau pergi tengok perempuan tu," arah Stark.
Gade mengangguk. Dia segera membuka kunci pintu itu.
Gade memandang Umairah yang terlantar lemah di atas katil itu. Mata Umairah sudah tidak diikat dengan kain.
"What do you want girl?" soal Gade, kasar.
"Water, please," pinta Umairah, separuh merayu. Mukanya pucat menandakan dia kehilangan banyak darah.
"Do you think you are princess? To ask us do something for you?" kata Gade, agak kuat. Dia nampaknya agak marah dengan permintaan Umairah itu.
Umairah memejamkan mata. Dia menggigit bibirnya. "I really need water, right now," kata Umairah, lemah.
Gade ketawa sinis. "Do you think you can get it?" kata Gade dengan sinisnya.
Umairah mengeluh. "Look here, guys. If you want me to live and get money, get me the water!"
"Money? We don't need money," kata Gade.
Tiba-tiba terdengar suara orang bergaduh di luar bilik itu.
"GADE!!" Umairah terdengar seseorang memanggil lelaki itu.
"What is it, Stark?" soal Gade.
"LET'S GO, GADE. THEY FOUND US ALREADY," jerit Stark.
"SHIT!! They found us," maki Gade.
Gade memandang Umairah yang lemah itu. "See you again, my lady," ucap Gade sambil menundukkan badannya.
Umairah tidak menjawab. Badannya lemah. Dia tidak berdaya untuk berkata apa-apa.
"HANA!!" Umairah terdengar panggilan seseorang. Dia tidak berdaya untuk menjawab panggilan itu. Matanya samar-samar menangkap kelibat seseorang.
"Kael," ucap Umairah, lemah. Dia nampak samar-samar kelibat Adam yang sedang berjalan ke arahnya.
Kemudian, mata Umairah tertutup. Dia tidak sedarkan diri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Your highness, we got Lady Myra's location already," kata Mr Karlos.
Adam yang sedang meneliti rakaman CCTV itu segera berkalih. Dia memandang Mr Karlos.
Mr Karlos menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...