"This is the best view that you can get at this building. Kita boleh lihat seluruh kota Kuala Lumpur ni," beritahu Lily sambil mengambil tempat di sebuah meja yang berada di tepi cermin yang menampakkan seluruh kota Kuala Lumpur.
"Restoran ni sebenarnya abang Kael reka khas untuk tarik orang ramai ke sini. Cantik kan?" beritahu Lily sambil memandang ke sekeliling restoran itu.
Umairah dapat melihat reka bentuk restoran yang unik itu. Tambah-tambah pula dengan cermin lutsinar yang besar bagi menampakkan seluruh kota Kuala Lumpur membuatkan restoran itu nampak mewah.
Lily memanggil pelayan restoran itu.
"Give me fresh orange. Maira nak makan apa? Saya belanja," ucap Lily.
Umairah tersenyum. Dia segera menggelengkan kepalanya. "It's okay, Lily. Saya still kenyang. Just dahaga je."
"Apple juice for me," ucap Umairah pada pelayan itu.
Pelayan itu segera mencatit pesanan mereka berdua.
"Korang taknak makan ke? Sekarang ni waktu lunch. Takkan minum je," Adam yang sedang berjalan mendekati mereka berdua.
Pelayan itu segera menundukkan kepalanya apabila melihat kelibat bosnya di situ.
"Bagi saya Watermelon juice," ucap Adam.
Pelayan itu menganggukkan kepalanya. Dia segera meminta diri daripada situ.
"Abang Kael, dah habis kerja?" soal Lily, pelat.
Adam tersenyum. Dia mengusap-usap kepala adiknya itu. "Sekarang waktu lunch. So, here I am," ucap Adam.
"Usually, you will eat out with your clients and sometimes, you won't eat lunch at all because you are too busy. So, why are you now at this restaurant?" soal Lily.
Adam ketawa kecil. "Is it wrong for me to eat at my restaurant?" Adam bertanya, "And I know that you are here. So, how about your tour? Did you round all the floor in this building?"
"Not all, abang. Floor pejabat abang je yang kami tak pergi lagi," beritahu Lily.
Kening Adam terangkat. "Kenapa tak pergi lagi? Sedangkan tingkat pejabat abang sebelum turun dari tingkat pejabat papa."
Lily tersengih. "Sebab El nak abang sendiri yang tour Maira ke situ. Lagipun, El tidak mempunyai banyak masa. El harus ke airport semula."
"Eh, takpe Lily. Kalau saya tak pergi ke situ pun takpe. Cukuplah dengan tour yang awak bawa saya separuh hari ni," sampuk Umairah yang selama ini memerhati sahaja perbualan Adam dan Lily itu.
Lily menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "I promise you to show everything around this building. It's my pride as a princess. Janji mesti ditunaikan kan?" ucap Lily.
Umairah pelik dengan kata-kata Lily itu. Dia ingin bertanya dengan lebih lanjut namun tidak sempat apabila Adam memintas kata-katanya.
"Kenapa El kena ke airport?" soal Adam, merenung adiknya.
Lily memandang kembali ke arah Adam. "I got work in Paris and I need to catch the plane as soon as possible."
Dahi Adam berkerut. "Abang ingatkan El akan stay lama di Malaysia. El kan baru je sampai di Malaysia?"
Pelayan restoran itu datang membawa pesanan mereka semua. Lily segera mengambil pesanan mereka dan meletakkan di hadapan abangnya dan Umairah.
"Biasa la. Kerja El memang macam ni. El datang ke Malaysia pun sebab mahu temankan mama," ucap Lily sambil tangannya sibuk meletakkan air di hadapannya.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...