Chapter 46

4.4K 194 13
                                    

Belgium.

Tuk! Tuk!

"Come in," ucap Adam sambil matanya tidak lepas daripada memandang dokumen yang berada di hadapannya itu.

"Sire, Her Royal Hishness Princess Laura is waiting you at parlour," ucap Alfred.

Adam mengangkat kepalanya. Dia memandang Alfred sambil mengerutkan dahinya.

"Laura? What does she want?" soal Adam sambil menyandarkan badannya di kerusi.

Alfred menggelengkan kepalanya. "I don't know. HRH just said that it is important," ucap Alfred.

Adam mengeluh sebelum bersuara. "Okay."

Adam bingkas menutup dokumen yang ada di hadapannya sambil bangun daripada kerusi empuknya itu.

"Ask Ferdinand to meet with me after this. There is something that I need to clarify with him," ucap Adam.

Alfred mengangguk sambil menundukkan badannya apabila Adam lalu di hadapannya.

Adam terus melangkah ke arah ruangan rehat yang terletak di bahagian selatan kediaman diraja itu. Beberapa orang suruhan kediaman itu menyapanya namun tidak dipedulikan oleh Adam.

Sebaik sahaja Adam melangkah masuk ke dalam ruangan itu, Lily terus menerpa ke arahnya lalu memeluk tubuhnya.

"I miss you so much, abang," ucap Lily, perlahan. Dia meletakkan kepalanya di dada bidang Adam itu.

Adam senyum. Dia mengusap-usap kepala adik kesayangannya itu.

"Apa yang El buat kat sini? Bukan El dengan mama pergi ke Paris for winter fashion show?" soal Adam sambil mengambil tempat di hadapan Lily.

"Show El dah habis semalam. And now, I think I want to take a break. I need take my responsibility seriously," kata Lily.

Adam memandang Lily. Lily selalu mengelak apabila dia perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai puteri negara itu. Adam hairan dengan kata-kata Lily.

"Why so sudden? El, El okay ke tak ni?" soal Adam.

Lily senyum. "Dah sampai masanya El terima tanggungjawab El. Lagipun, El selalu mengelak bila papa dan mama suruh El balik ke Belgium and be a princess. El perlu lakukan semua ini demi keluarga kita, abang," kata Lily.

"Maksud El, El akan terima apa yang papa minta?" soal Adam.

Lily mengangguk. "Yes. El akan jadi ketua House of Austria-Este. Siapa lagi yang akan jadi ketua family kita kalau bukan El kan?"

Adam senyum hambar. Apabila semuanya selesai 3 bulan lepas, dia tidak risau melepaskan Lily untuk menjadi ketua House of Austria-Este. Semua yang terlibat dalam perebutan kuasa tiga bulan lepas telah ditahan dan dijatuhkan hukuman.

King Henry pula mengumumkan kepada rakyat Belgium bahawa Adam akan mengambil alih tempatnya sebagai King of Belgians awal tahun depan. Semua orang menyambut baik pengumuman King Henry itu kerana Adam amat layak untuk menjadi pemerintah Belgium.

"Abang okay kan?" soal Lily sambil memandang ke dada kanan Adam yang ditembak itu.

Adam senyum. Dia pegang dada kanannya. "I'm fine, El. Don't worry too much, dear."

"Tapi, abang baru je keluar hospital bulan lepas. What if you..,"

"I'm okay, El. Abang kuat, sayang. Abang takkan tinggalkan kamu semua," pintas Adam.

Lily mengeluh. Dia pandang abang kesayangannya itu.

"Everything that happen three months ago, makes me scared. I don't want lose you. Abang tak boleh tinggalkan El dan keluarga kita," kata Lily, perlahan.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now