Umairah memandang sekelilingnya. Kebanyakan rakan-rakannya sudah keluar daripada Audi A itu. Hanya tinggal dia bersama-sama dengan Husna dan Najwa yang bertegas untuk menemaninya di hadapan Audi A itu.
"Kalau korang nak pergi dulu, pergilah. Sebab aku rasa lama lagi Dr. Adam nak keluar tu," kata Umairah apabila melihat jamnya itu.
Sudah 10 minit mereka menunggu di luar Audi A itu namun kelibat Adam masih lagi tidak kelihatan.
Husna dan Najwa hanya tersengih. "Takpe, Mai. Lagipun, kelas after ni cancel. Dr Faiz takde minggu ni. Dia ada seminar di London," kata Husna.
"Ye ke? Ke sebab korang nak jumpa dengan Dr Adam tu?" soal Umairah, tidak percaya dengan kata-kata rakannya itu.
Husna tersengih. "Mana ada. Aku just nak teman kau. Dah lama kita tak jumpa and sembang-sembang macam ni," ujar Husna.
Umairah ketawa. "Yelah, yelah. Aku percaya."
"Kau kata keluarga kau kenal dengan keluarga Dr Adam? Selama ni kau tak cerita pun kat kitorang yang kau kenal dengan orang kaya macam Dr Adam tu," soal Najwa, tiba-tiba serius.
Umairah hanya tersenyum. "Dr Adam tu just my acquaintance je. Kenalan yang baru je aku kenal. Aku dapat tahu yang keluarga dia kenal dengan keluarga aku pun 3 minggu lepas. Before aku ambil study leave tu," cerita Umairah.
"Pastu, selama ni kau tak kenal la dengan Dr Adam tu?"
"Yup. Aku tak pernah kenal dan kalau aku diberi peluang untuk kenal dengan dia pun, aku akan tolak. Taknak la aku kenal dengan Dr Adam yang dingin tu," kata Umaira.
"Am I that cold, young lady?" soal Adam, tiba-tiba muncul dari sebalik pintu Audi A itu.
Umairah terkejut dengan kehadiran Adam itu.
"See you later, Prof," ucap Adam pada salah seorang professor yang ada di sebelahnya.
Professor itu hanya menganggukkan kepalanya lalu segera berlalu daripada situ.
Adam segera berjalan mendekati Umairah yang masih lagi serba-salah itu.
"I'm asking you, Hana. Am I that cold?" soal Adam lagi sekali.
Umairah segera menggelengkan kepalanya. "No, no. That's not what I mean, Dr Adam. I just..,"
"Dr Adam? Kan saya suruh awak panggil saya Kael? Dah lupa? Ke nak saya ingatkan pada awak?" soal Adam.
Umairah menggigit bibirnya. "Yes, Kael," Jawab Umairah.
Adam segera berkalih memandang Najwa dan Husna yang ada di sebelah Umairah itu.
"Look what we have here. Two beautiful ladies. May I ask who you are?" soal Adam.
Najwa dan Husna tersengih apabila mendengar panggilan Adam terhadap mereka berdua.
Umairah mengeluh. "They are my friends."
"Kenalkan, ni Husna dan yang tu pula Najwa," perkenal Umairah kepada Adam sambil menunjukkan ke arah Husna dan Najwa itu.
"Una, Awa, nilah Dr Adam yang korang minat sangat tu," sindir Umairah.
Adam tergeleng apabila mendengar sindiran Umairah itu.
"Nice to meet you, young ladies," ucap Adam.
Husna dan Najwa hanya mengangguk.
"Gembira bertemu dengan Dr juga," kata Najwa.
"Doktor kacak la," puji Husna.
Najwa yang berdiri di sebelah Husna segera menyiku Husna.
"Aduh. Sakit la, Awa," rengek Husna.
"Maaf la doktor, Kawan saya ni agak mereng sikit," kata Najwa.
"Mereng?" Adam terpinga-pinga.
Umairah ketawa sinis.
"Una, Awa, untuk pengetahuan korang, Dr Adam ni tak berapa fasih sangat berbahasa melayu. So, dia tak tahu perkataan mereng tu," sindir Umairah.
Adam ketawa kecil.
Umairah memandang Adam. "Mereng tu, hmm, what we call it in English? Something like crazy but not crazy? I think it is similar like that la, Kael," ucap Umairah.
Adam terus ketawa terbahak-bahak.
Umairah mengerutkan dahinya. "Apa jadi la dengan doktor ni? Dah hilang akal ke?" ucap Umairah perlahan.
Husna dan Najwa yang mendengar kata-kata Umairah segera menyiku Umairah.
"Tak baik kau cakap macam tu," kata Husna.
Adam mengangkat kening. "Huh?"
"Nothing, Kael," kata Umaira.
"Okay, girls. Can I ask you a favor?" tanya Adam.
"What is it, doctor?" soal Husna pula.
"Jangan terima permintaan Kael ni. Dia ni bukan boleh percaya sangat," kata Umairah.
Adam hanya tersenyum. Dia malas melayan kerenah Umairah itu. Walaupun baru semalam mereka bertemu, dia sudah dapat memahami Umairah. Umairah bagaikan Lily baginya.
"If you don't mind, I need to borrow your friend for the rest of the day," kata Adam.
"Owh, okay. We don't mind," jawab Husna.
Umairah membeliakkan matanya. "Wei, korang. Aku bukan benda yang kau boleh suka-suka je pass. korang tak boleh buat macam ni," kata Umairah.
Husna dan Najwa tersengih.
"Yes, we can, my dear Nur Hana Umairah," kata Husna sambil menjelirkan lidahnya.
"You..argh..," Umairah tidak jadi menyambung apabila melihat wajah rakan-rakannya yang selamba itu.
Umairah berkalih memandang Adam. "Let's go, Kael. Tak payah nak layan sangat perangai diorang ni," kata Umairah, agak geram.
Adam ketawa apabila melihat riak wajah Umairah yang kegeraman itu. Umairah sering membuatkannya ketawa.
"Okay, girls. We need to go now. It is really nice to meet you here, Husna, Najwa," ucap Adam, lembut.
Husna dan Najwa menganggukkan kepalanya. Mereka tersenyum membalas senyuman yang diberikan oleh Adam itu.
"Jumpa esok, Mai," kata Husna.
Umairah menganggukkan kepalanya. "Jumpa esok. Apa-apa roger la kat aku tau," kata Umairah.
Husna menganggukkan kepalanya.
"Assalamualaikum," ucap Adam dan Umairah. Mereka berdua segera melangkah pergi berlalu daripada kawasan Audi A itu.
"Diorang tu sama cantik sama padan. Dua-dua macam orang English," kata Najwa.
Husna turut menganggukkan kepalanya. Dia bersetuju dengan kata-kata Najwa itu. Rupa paras Umairah sendiri menyerupai seperti orang English manakala Adam sememangnya orang ramai mengetahui bahawa Adam mempunyai darah English.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...