SPECIAL CHAPTER

5.6K 165 25
                                    

Umairah melihat pemandangan dari bilik hotelnya itu. Kelihatan bunga-bunga sakura sedang berkembang, mencantikkan pemandangan kawasan itu.

Pintu bilik hotelnya tiba-tiba dibuka dari luar. Dia berkalih memandang Adam yang melangkah masuk ke dalam bilik itu.

“Dah selesai?” soal Umairah.

Adam senyum sambil menghampiri isterinya. Dia meletakkan kot yang tersarung di badannya di kerusi sambil meleraikan tali lehernya. Adam terus memeluk erat tubuh isterinya itu sambil mencium lembut ubun-ubun isterinya.

“Apa abang ni? Macam lama tak jumpa Hana je gayanya,” usik Umairah.

Adam ketawa. Dia mencuit hidung Umairah. “Nakal isteri abang ni. Abang rindu Hana dengan putera kita ni,” kata Adam sambil mengerling ke arah anak lelakinya yang tidur di baby cot yang disediakan pihak hotel itu.

“Dah lama Danish tidur?” soal Adam sambil melepaskan pelukannya lalu mendekati anak lelakinya.

“Danish tidur lepas abang keluar meeting tadi. Kejap lagi dia bangun la,” kata Umairah sambil berdiri di sebelah Adam.

Adam membelai rambut anak lelaki mereka, Syed Muhammad Danish Mikael, yang berumur 10 bulan itu.

Sambil tangannya masih di rambut anaknya, Adam memandang Umairah. “Malam nanti, Hana join abang dinner dengan client abang tu. Boleh?” pinta Adam.

Dahi Umairah berkerut. “Then, Danish nak tinggal mana?” soal Umairah yang amat arif tentang anaknya yang harus dijaga oleh seseorang sekiranya dia mengikut Adam. 

Adam senyum. “Don’t worry. Dinner malam ni informal. Kita boleh bawa Danish sekali. Ayden pasti tak kisah,” kata Adam.

“Betul ni?” soal Umairah.

“Betul. Lagipun, abang taknak tinggal Hana sorang-sorang kat bilik ni. Kasihan isteri abang ni,” kata Adam.

Umairah senyum. “Ala, Hana bukannya seorang pun. Ni, hero abang ada temankan Hana,” kata Umairah sambil mengambil Danish yang sudah membuka matanya. 

Umairah mengagah anak lelakinya itu. Tertawa galak Danish apabila diagah oleh ibunya itu.

Adam senyum bahagia apabila melihat telatah dua orang yang paling dia sayang di dunia.

“Abang tahu, sayang,” ucap Adam sambil mengambil Danish daripada pegangan isterinya. Giliran dia pula mengusik anak lelakinya yang rupanya mengikut warna rambut dan mata Adam.

“Abang nak kenalkan Hana dengan Ayden. My close friend selain Syahran. Boleh kan?” pinta Adam.

Umairah memandang Adam yang masih sibuk bermain dengan anak lelaki mereka. 

“Kalau itu kata abang. Kalau Danish buat hal, jangan nak marah tau,” kata Umairah.

Adam ketawa. Dia pandang anak lelakinya. “Anak papa takkan nakal kan? Dia baik-baik je kan?” agah Adam, mengusik Danish yang berada di dalam pegangannya.

Kedengaran suara Danish ketawa mengekek, suka dengan usikan Adam itu. Tangannya tergapai-gapai memegang rambut Adam.

Umairah hanya senyum melihat telatah kedua-dua orang kesayangannya. 

Tiba-tiba loceng bilik hotel itu berbunyi.

Umairah pandang Adam. “Siapa?” soal Umairah.

“Maybe Alfred. Abang suruh dia sediakan our attires for tonight’s event,” kata Adam.

Umairah mengangguk. Dia segera mengambil tudung yang sememangnya tersedia di penyangkut lalu menyarung ke kepalanya. 

Dia membuka pintu. Terjengul seorang wanita bertudung di muka pintu itu. Umairah memandang wanita yang berada di hadapannya itu. 

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now