Chapter 60

8.8K 234 12
                                    


4 bulan kemudian..

Umairah mengangkat kepalanya daripada buku yang dibacanya. Dia memandang ke arah Husna yang sedang duduk asyik merenungnya.

"Kenapa dengan kau ni? Pandang aku macam nak makan aku je," kata Umairah.

Husna mengeluh. "Are you okay?" soal Husna.

Umairah mengangkat keningnya.

Husna memeluk tubuhnya. "Kau okay kan?" soal Husna.

Umairah ketawa perlahan. "Kenapa tiba-tiba tanya aku macam tu?" soal Umairah.

"Yelah, kau nampak macam tak okay. Lepas kejadian tu, kau jadi senyap," kata Husna.

Umairah senyum tawar. "Bukan dulu aku senyap ke?"

Husna geleng. "No lah. Kau tak pernah senyap kalau kau ada dengan kitorang. Ke kau sedih sebab kau terpaksa extend satu sem lagi?" soal Husna.

Umairah menggeleng. "Taklah. Buat apa aku nak sedih pasal extend tu. Perkara tu tak boleh dielakkan. Aku tak sedarkan diri selama 3 bulan. Memang patut pun aku kena extend," kata Umairah.

"Then?"

"Then, apanya?" soal Umairah.

"Kenapa kau jadi macam ni?" soal Husna, agak geram dengan Umairah sambil mendepakan tangannya.

"Shh.. Sini library, Una," kata Umairah.

Husna pandang tajam ke arah Umairah.

Umairah sengih. Dia terus mengemas buku-bukunya. "Jom, kita keluar. Nanti tak pasal-pasal kita pula kena halau."

Umairah melangkah ke arah pintu keluar perpustakaan itu. Husna turut mengikut langkah Umairah.

"Kau okay kan, Maira?" soal Husna.

Umairah senyum. "Kalau kau tanya aku, aku pun tak pasti. Semua ni dah berlaku. So, aku tak boleh buat apa-apa. Just accept it je lah," kata Umairah. Umairah mengambil tempat di kerusi yang terdapat di hadapan perpustakaan itu.

Husna mengeluh. Dia mengambil tempat di sebelah Umairah.

"You have to be okay, Maira. Please. Aku tak sanggup tengok kau sedih macam ni," kata Husna.

Umairah angguk. "Yes, Una. Aku tahu. Aku kena kuat."

"Tak sangka kan, Dr Adam is a prince," kata Husna, perlahan.

Umairah pandang Husna. Dia senyum hambar. Selepas kejadian itu, identiti Adam dan keluarganya telah terbongkar. Nampaknya keluarga Tan Sri Hassan sudah tidak boleh menyorok daripada pandangan media. Semua orang mahu mengetahui perkara sebenar.

"What do you want to know?" soal Umairah.

Husna pegang tangan Umairah. "Kau dengan Dr Adam takde apa-apa hubungan kan?" soal Husna.

Umairah menarik nafas panjang. Dia pandang ke arah para pelajar yang keluar masuk perpustakaan itu.

"Kau rasa?" soal Umairah.

Husna genggam erat tangan Umairah. "Tabahlah, Maira," kata Husna, lembut.

Umairah senyum hambar. Dia kembali memandang Husna.

"Adam Mikael is one of the sweetest dream that occur to me. I love him. Aku cintakan dia, Una," kata Umairah dengan matanya berkaca-kaca.

Husna mengangguk. Dia peluk bahu Umairah. "Kau kena sabar banyak. He has another responsible at Belgium. So, you have to be strong," pujuk Husna.

Pengorbanan Untuk AwakWhere stories live. Discover now