Umairah melangkah keluar daripada kediaman pasangan suami isteri itu. Dia bersalaman dengan Aina.
"Thanks sebab sudi datang ke rumah kami," ucap Aina.
Umairah segera menggelengkan kepalanya. "No, it should be me thanking you. Thanks for the pleasant evening," kata Umairah.
Aina senyum. Dia pegang tangan Umairah. "Don't give up your love, Maira. You should fight for your right. Fight for him," kata Aina.
Umairah senyum tawar. "Fight? Is it worth?" soal Umairah, perlahan.
Dia pandang ke arah Adam yang sedang bersalaman dengan Tengku Hakimi. "Dia sendiri yang tak mahu saya usaha untuk dapatkan dia. So, untuk apa saya fight?" soal Umairah.
Aina usap lembut tangan Umairah. "Yes, I know. Itulah kelemahan seorang Adam Mikael. Dia bukan selfish. Sanggup korbankan segala-galanya demi orang yang dia sayang," kata Aina.
"Tapi, Maira. Maira kena ingat. Without you in his life, he won't be happy. Hidup dia takkan bahagia. Kerana kebahagiaannya adalah apabila dia bersama-sama dengan Maira," kata Aina lagi.
Umairah pandang Aina. Dia mahu mendengar dengan lebih lanjut apa yang ingin diperkatakan oleh Aina itu.
"Adam sangat mirip dengan abang Kimi. Mereka berdua selalu utamakan orang lain dahulu sebelum dirinya sendiri. Agaknya sebab mereka adalah putera, yang dari kecil lagi diajar untuk dahulukan orang lain."
Aina genggam erat tangan Umairah. "Sebab tulah, Maira, mereka perlukan kita di sisi mereka. Ajar mereka untuk utamakan diri mereka dahulu sebelum fikirkan tentang orang lain."
"But, he won't let me, kak," kata Umairah sambil pandang Adam yang sedang berbual-bual dengan Tengku Hakimi.
Kemudian, dia berkalih memanndang Aina. "You are strong, kak Aina. But, I'm not. I'm not like you," kata Umairah.
Aina senyum. Dia geleng kepalanya. "No, Maira. Akak tak kuat macam Maira kata tu. Akak pun sama macam Maira. Lemah. Tapi, sebab rasa sayang dan cinta akak, akak jadi kuat. Sebab tu, akak nak Maira pun macam tu."
Umairah senyum tawar. Dia hanya membiarkan kata-kata Aina begitu sahaja.
"Hana?"panggil Adam.
Lamunan Umairah terganggu. Dia pandang Adam yang sedang memandu keretanya itu.
Adam pandang ke arah Umairah, sekejap. Kemudian, matanya kembali terarah ke jalan raya.
"Apa yang awak bualkan dengan Aina?" soal Adam.
Umairah pandang Adam yang tenang memandu. "Why?"
"Aina ada cerita something ke kat awak?" soal Adam.
"Kenapa?"
Adam mengeluh. "Okay, look, Hana. Whatever Aina said to you, you can just ignore it. Jangan ambil hati," kata Adam
Umairah senyum. "Kenapa awak kata macam tu?"
"Sebab awak senyap je dari tadi. Saya tahu perangai Aina macam mana. Saya kenal dia dah lama. Dekat 6 tahun jugak," kata Adam.
Umairah ketawa. "Aina tak cakap apa-apa pun kat saya la. Yang awak gelabah sangat ni kenapa?" kata Umairah.
Adam senyum apabila mendengar ketawa Umairah itu. Sejak Umairah tiba di Belgium, dia langsung tidak mendengar ketawa Umairah. Dia rindu akan suara ketawa Umairah itu.
"Lega saya bila dengan awak ketawa," kata Adam, perlahan.
Ketawa Umairah terhenti. Dia pandang Adam yang sedang tenang memandu.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...