"We as a doctor should not have any discrimination towards our patients. Anyone can be our patients. Our patients during the mission are among citizens, criminals, or even terrorist."
"You should never choose your patient. You have to treat everyone equally. And remember, students! We are the doctors, not judges or police. I know it is really difficult to be fair during the mission. But, remember one thing, students! We are the doctors. We are needed during the emergency. It's our profession, students," kata Adam sambil memandang ke arah muka-muka yang berada di hadapannya.
Matanya jatuh pada Umairah yang duduk di hadapan sekali. Dia tersenyum.
"That's all from me. If you have question, raise your hand and ask," kata Adam sambil tersenyum.
Beberapa tangan mengangkat tangan mereka ke udara. Adam memilih seorang pemuda yang duduk di belakang sekali.
"Your royal highness,"
Adam ketawa. "No need formality. In this hall, I'm just like you, a doctor."
Pemuda itu mengangguk kepalanya. "Okay, Dr. Adam. I'm Chris. My question is how difficult is the mission? Is it dangerous if we are involved in Doctors Without Border?"
"Thank you, Chris." Adam senyum. Kemudian, dia memandang ke arah wajah-wajah yang berada di hadapannya.
"Danger is something that we cannot avoid it. Whether you...,"
Umairah hanya mendengar kata-kata Adam itu. Adam telah dijemput ke Harvard University untuk seminar mengenai Doctors Without Border. Umairah turut mengikut Adam, menemaninya ke US.
"..thanks to my wife, Hana Umairah, being supportive to my career. She also one of Doctors Without Border. Without her, I won't be here today," kata Adam sambil menunjukkan ke arah Umairah yang sedang tersenyum itu.
Umairah bangun daripada duduknya. Dia menundukkan badannya sedikit ke arah pelajar-pelajar perubatan itu. Pelajar-pelajar itu menepuk tangan mereka, tanda menghargai Umairah.
Adam senyum. "I think it is enough for me. All the best for you. Hope I'll meet you in the future during our mission as Doctors Without Border. Thank you," ucap Adam.
Semua pelajar memberikan tepukan yang gemuruh kepada Adam atas nasihat dan pengalaman yang diberikan olehnya sepanjang program itu berlangsung.
Adam hanya tersenyum. Dia menyerahkan kembali mikrofon kepada pengerusi majlis sebelum mengambil tempat di sebelah Umairah. Pengerusi majlis meneruskan program mereka dengan menjemput seorang lagi penceramah.
"Macam mana talk abang? Abang nampak handsome tak?" seloroh Adam.
Umairah tergeleng melihat telatah suaminya itu. Mereka sudah berkahwin setahun yang lalu. Perkahwinan mereka disambut dengan meriah di Belgium dan juga di Malaysia. Masing-masing mahu mengetahui siapakah gadis yang berjaya menambat hati Putera Michael yang terkenal dengan sifat murah hatinya itu.
"Ya, abang nampak handsome. Talk abang pun okay," jawab Umairah, tidak bernada.
Adam mencebik. "Hana jealous ke tengok students mengorat abang?" soal Adam.
Umairah menjulingkan matanya ke atas. "Takde maknanya Hana nak jealous. Mereka tu yang patut jealous dengan Hana tau. Sebab abang tu hak milik Hana and baby dalam perut Hana ni," ujar Umairah sambil mengusap-usap perutnya yang mula menampakkan bentuknya.
Adam ketawa. Dia terus mengusap-usap perut Umairah. "Okay, okay. Abang taknak usik Hana dah. Nanti baby kita marah," kata Adam.
Umairah menampar tangan Adam. "Ish, abang ni. Depan orang ni. Malu sikit boleh," marah Umairah.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...