"Wei, aku balik dulu. Dah lewat sangat ni," kata Umairah apabila melihat jam di tangannya.
"A'ah la. Better kau balik. Lagipun, library dah nak tutup ni," kata Najwa, bersetuju dengan Umairah.
Umairah, Najwa dan Husna segera mengemaskan barang-barang mereka.
"Jom, aku hantar korang ke kolej kediaman," tawar Umairah.
Najwa dengan Husna menganggukkan kepala mereka.
"Okay, rezeki jangan ditolak," kata Husna.
Najwa mengangguk.
Umairah tergeleng-geleng melihat telatah rakan-rakannya itu. Husna dan Najwa tinggal di kolej kediaman manakala Umairah terpaksa tinggal di luar kampus kerana masalah semasa di awal semester.
"Dah, jom. Lagi lambat kita keluar dari library ni, lagi lambatlah aku sampai rumah," kata Umairah.
"Ala, bukannya Naji tunggu kau pun. Dia pun still ada kat fakulti business tu. Siapkan untuk majlis esok," kata Najwa.
"Yelah. Aku tahu. Aku saja je cakap," kata Umairah sambil berdiri daripada kerusi yang didudukinya itu.
Najwa dan Husna tersenyum.
"Kau taknak pergi makan dulu ke?" soal Husna. Dia turut bangun diikuti dengan Najwa.
Umairah menggeleng. "Taknak la. Aku penat sangat sebenarnya ni. Ingat nak balik tidur je ni," kata Umairah.
Najwa tergeleng-geleng mendengar kata-kata Umairah itu.
"Takkan kau nak skip dinner kot," kata Najwa.
"Don't worry, girls. Kat rumah nanti aku masak la kalau aku rasa lapar," kata Umairah sambil tersengih.
"Dah jom. Kita gerak sekarang," kata Umairah.
Najwa dan Husna mengangguk. Mereka segera keluar daripada perpustakaan UKM itu lalu menuju ke arah kereta Umairah yang terletak di kawasan tempat letak kenderaan di hadapan perpustakaan itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Umairah memandu keretanya menuju ke arah rumah sewanya. Namun, secara tiba-tiba tanda bateri menyala di dashboard keretanya. Keretanya terhenjut-henjut mahu berhenti.
Umairah segera memberi signal ke kiri jalan untuk berhenti di bahu jalan. Akhirnya keretanya terhenti. Dia cuba menghidupkan kereta kenarinya itu namun tidak berjaya.
"Damn!!" ucap Umairah sambil menghentak tangannya di stering kereta itu.
Umairah mencapai telefon bimbitnya. Dia berfikir-fikir untuk menelefon Najihah untuk datang menolongnya. Maklumlah, dia masih lagi berdekatan dengan kawasan UKM. Sekiranya Najihah masih berada di UKM, dia boleh membantunya.
Umairah mendail nombor Najihah. Namun, hampa apabila taliannya tidak bersambung. Umairah meletakkan kepalanya di stering kereta. Dia memejamkan matanya, ingin berfikir sesiapa lagi yang boleh menolongnya. Namun, tiada siapa yang muncul di fikirannya.
Umairah mengangkat kepalanya. Dia memandang ke sekeliling kawasan itu. Tiada kereta yang lalu di kawasan itu memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. UKM sememangnya lengang apabila sudah lewat.
Umairah mengeluh. "Apa yang patut aku buat ni?"
Tiba-tiba telefon bimbit Umairah berbunyi. Umairah segera mengangkat tanpa melihat nama pemanggil.
"Assalamualaikum, Naji. Kau kena tolong aku ni. Aku ada masalah," kata Umairah, menyangka pemanggil itu adalah Najihah.
"Waalaikumussalam. Sorry, but you got wrong people here, Hana. I'm Kael," kata Adam di hujung panggilan itu.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...