Italic - bahasa belanda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Langit malam itu sungguh cerah. Umairah hanya memandang ke arah langit yang dipenuhi bintang-bintang itu.
Dia teringat kembali majlis makan malam di Château du Belvédère. Betapa kekoknya dia berada dalam kalangan kerabat diraja itu. Nasib baik ada Lily dan juga Elisabeth yang baru dikenalinya itu.
Adam pula ditemani oleh Emily. Emily sentiasa berada menemani Adam. Dia pula ditemani oleh Lily dan juga Elisabeth.
Elisabeth, puteri mahkota Belgium itu sangat comel. Umairah begitu menyenangi gadis kecil itu. Lily dan Elisabeth beberapa kali membuatnya ketawa apabila mereka mengajuk cara percakapan Emily itu. Umairah tersenyum apabila mengingatkan semula kejadian itu.
King Henry dan Queen Jennifer sangat baik dan merendah diri. Dia sendiri tidak menyangka bahawa raja dan permaisuri itu sangat berjiwa rakyat. Dia sempat berbual-bual dengan mereka berdua dan dia dapat membuat kesimpulan, mereka sangat-sangat menyenangi Adam.
Tiba-tiba Umairah dapat merasakan seseorang sedang mengambil tempat di sebelahnya. Dia tahu siapa gerangan orang itu melalui wangian itu. Dia langsung tidak berkalih memandang Adam.
"Apa yang awak buat kat luar ni? Malam di Belgium sejuk tau. Pulak tu awak hanya pakai baju yang nipis," kata Adam, memecah kesunyian itu.
Umairah hanya tersenyum. Dia tidak menjawab pertanyaan Adam itu. Dia hanya memerhati sahaja bintang-bintang yang sedang berkelipan di langit gelap itu.
Adam mengeluh. "Awak still marahkan saya ke?"
Umairah berpaling memandang Adam. Mata mereka bertaut.
Umairah segera mengalihkan pandangannya. Dia mengeluh.
"Saya dah tak marahkan awak. Lily dah ceritakan segala-galanya pada saya. Saya bukan jenis yang suka marah lama-lama."
"Then, kenapa awak mengelak daripada saya? Sejak dari dinner tadi lagi," tanya Adam.
"Saya taknak bakal tunang awak jealous. Awak tak tengok ke cara dia pandang saya? Macam nak makan saya je gayanya," seloroh Umairah.
Adam ketawa.
"Awak tahu pasal Emily?"
Umairah menganggukkan kepalanya. "Lily bagitau saya pasal Emily tu."
"Emily memang macam tu. Dia suka menilai orang dulu baru accept someone," kata Adam yang masih lagi bersisa ketawanya.
Umairah memandang Adam. "Sebab saya pakai macam ni? Begitu? Or maybe sebab saya hanyalah rakyat marhaen je?"
Ketawa Adam terus terhenti. Dia terus memandang Umairah.
Dia menggelengkan kepalanya. "No, saya tak bermaksud macam tu. Saya..,"
"Tak payah nak sedapkan hati saya Kael. I know who I am. Lagipun, cara saya berpakaian memang lain dengan korang semua. So, I don't have anything to say," potong Umairah.
Adam teragak-agak untuk bersuara.
"Itupun nasib baik Lily pun pakai shawl tadi. Takde la saya kekok sangat," kata Umairah lagi.
Adam terdiam. Dia tahu Umairah masih lagi kekok untuk berada di Istana itu.
"Cousin awak, Princess Elisabeth tu baik orangnya. Comel sangat. Saya suka dia," kata Umairah mengalih topik yang mereka sedang bicarakan itu.
Umairah tahu Adam serba-salah dengan topik tadi. Dia dapat nampak keresahan Adam itu. Dia tahu Adam mahukan dia selesa selama dia berada di Belgium itu.
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...