"Kita nak pergi mana ni, Kael?" soal Umairah, memandang Adam yang tenang memandu kereta mewahnya itu.
Pagi itu, selepas bersarapan, Adam meminta Umairah supaya mengikutnya. Pada mulanya, Umairah tidak mahu menerima jemputan Adam itu. Namun, apabila melihat wajah Adam yang kusut itu, dia hanya menerimanya.
"My friend's house. Dia ajak makan tengah hari dengan keluarganya."
"Kenapa ajak saya sekali?" soal Umairah.
Adam mengerling sekilas ke arah Umairah. "Mereka nak jumpa dengan awak," kata Adam.
"Rumah Joe? Or David?" soal Umairah.
Adam terus menggeleng. "Tak lah. Kawan saya dari Impianputra," kata Adam.
Dahi Umairah berkerut. "Impianputra? Saya tak pernah pun dengan negara tu," kata Umairah.
Adam senyum. "Negara kecil je, Umairah. Memang tak ramai yang tahu pasal negara tu," kata Adam.
Umairah mengangguk.
"So, kenapa saya pun kena ikut sekali?" soal Umairah.
"Mereka nak jumpa awak," jawab Adam sekali lagi.
Umairah diam apabila tidak mendapat jawapan yang dikehendakinya. Adam seolah-olah ingin mengelak daripada menjawab soalan itu.
Adam memberhentikan keretanya di sebuah rumah agam yang besar. Dia pandang Umairah.
"Kita dah sampai. And don't be surprised when you know their identity," kata Adam.
"Kenapa? Identiti mereka macam awak juga? Seorang putera?" soal Umairah.
Adam tidak menjawab. Dia terus keluar daripada keretanya. Kelihatan sepasang suami isteri sedang menunggu mereka di hadapan rumah agam itu. Adam terus mendekati pasangan itu lalu bertukar salam sesama mereka.
Umairah turut keluar daripada kereta itu. Dia mendekati Adam lalu berdiri di sebelah Adam.
"Hana, this is Kimi and Aina. Prince and Princess of Impianputra," Adam memperkenalkan Umairah kepada pasangan itu.
"And this is Hana Umairah, Kimi, Aina," ucap Adam.
Aina senyum. Dia terus menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Umairah. Umairah menyambut salam Aina itu.
"Apa khabar, Yang Amat Mulia?" ucap Umairah.
Aina dan Tengku Hakimi berpandangan. Mereka ketawa perlahan.
"Tak payah formal, Maira. Panggil je saya kak Aina. Yang ni pula abang Kimi, suami akak," kata Aina.
Adam tersenyum apabila Umairah memandangnya meminta kepastian. Dia mengangguk tanda pasti.
"Kalau macam tu, baiklah, kak Aina, abang Kimi," kata Umairah.
"Mana anak-anak kau, Kimi, Aina?" soal Adam.
"Ada kat dalam. Masing-masing tak sabar tunggu uncle kesayangan mereka ni," kata Aina.
"Jom, kita masuk dulu," pelawa Tengku Hakimi.
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah agam itu.
"Uncle!!" Dua orang kanak-kanak berumur 5 tahun terus menerpa ke arah Adam. Masing-masing meminta Adam mendukung mereka.
"Aqil, Aqila, both of you are big already. Uncle Adam tak larat nak angkat kamu berdua," tegur Tengku Hakimi.
Adam ketawa. "Takpe, Kimi. Lagipun, dah lama aku tak jumpa mereka berdua ni."
YOU ARE READING
Pengorbanan Untuk Awak
RomanceSatu rahsia membawa Hana Umairah ke dunia yang penuh dengan cabaran. Syed Adam Mikael datang membawa rahsia yang tidak sepatutnya Umairah tahu. Rahsia yang membuatkan nyawa Umairah dalam bahaya. "Kalau awak tahu rahsia itu, awak kena bersedia untuk...